Tuesday, 3 September 2013

POLA PERGERAKAN HARGA RON 95 DI MALAYSIA DARI 1990 - 2013



Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
Era Dr Mahathir  -   (1990-2003) 13 tahun Kenaikan sebanyak 46 sen sahaja.

Era Abdullah Ahmad Badawi:- (2003 - 2009) 5 1/2 tahun - kenaikan sebanyak 1.38sen & penurunan sebanyak 90sen.

Era Mohd Najib Abdul Razak (2009 - 2013) 4 tahun - kenaikan sebanyak 25 sen


Tetapi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak .... admin rasakan kaedah yang digunakan oleh Tun M semasa pemerintahannya  adalah terbaik....

Menaikkan cukai hiburan, Cukai Koporat , Cukai minuman keras, Cukai rokok, sebagai imbangan diatas kenaikan minyak- Kenaiakan pada kadar 500% ...

Mahalkah harga RON95 di Malaysia....??? BACA DI SINI

Fenomena kenaikan harga barang pernah terjadi di zaman Rasul saw dan sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda saw:-


“Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda saw :


"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

والله أعلم بالصواب
wa ALLAHu 'alam bi as-sowwab


Harga Minyak di Malaysia Mahal? [AMARAN : Jangan baca kalau malas!]


Ramai yang merungut dengan langkah pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan. Kenaikan harga petrol merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan egara, kalau ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. 
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak patrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Ia merupakan salah satu langkah resionalisasi subsidi oleh kerajaan. Pada masa sama kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM25.8 billion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. 
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi sibsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam pembentangan bajet.
Walaupun telah diterangkan berkali-kali mengenai harga patrol di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau Asia, malah ada antaranya di dunia. Namun timbul satu isu – Adakah perbandingan itu dibuat berdasarkan dengan negara-negara lain pengeluar minyak? Sebagai contoh, kata mereka Qatar dan Malaysia sama-sama negara pengeluar minyak (walaupun hakikatnya Malaysia tidak layak menyertai OPEC). Tetapi kenapa Qatar boleh beri subsidi kepada rakyatnya supaya patrol dijual dengan murah. SUMBER

No comments:

Post a Comment