Friday, 6 September 2013

PELAKON BRONT PALARAE SUDAH BERKAHWIN...???


Pelakon Bront Palarae, 35, menafikan gosip yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan kenalan lamannya pada 31 Ogos lalu.

"Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu "Psiko Pencuri Hati". Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya," katanya kepada Gua.
Tambah Bront, ini merupakan kali kedua dia dikatakan telah berkahwin.
"Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut." 
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin telah selamat bernikah dengan sekali lafaz di Taman Tun Dr Ismail selepas waktu Asar dan hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat. Edit dari SUMBER.......
Yeke tak kawin.... 


***Kekadang artis ni, penafian deme bukan boleh caya sgt.... dalam kata tak kawin...tak kawin...tp sebenarnya dh kawin......tgk aje Ashraf Muslim.....Tp aku paling x boleh lupa pasal Mas Idayu..... udah beranak pun kata tak kahwin lagi, balik kg berubat sbb sakit dlm perut katanya...!!! Penipu n pmbohong besor betoi...!!! Tup2 bercerai heboh seantero semenanjung, sabah n sarawak dan nusantara... ghope nye laki dia pelakon Aman Grasseka (aku hrp ejan nama ni betoi) .....anak pmpuan yg dilahirkannya dh anak dara dh.... ngaku pulak anak kandung.... gamaknya klu ada yg ckp, itu anak angkat or anak luar nikah tntu dia mengamok kannn..... bkn xtau mulutnya tu laser ngalahkan kumbang korek lubang tu...!!!!

No comments:

Post a Comment