Monday, 9 September 2013

PAK SAMAD : SASTERAWAN YANG BOBROK POLITIK SASTERANYA....!!!



Konflik Sasterawan Negara A. Samad Said baru-baru ini tidak perlu diberi perhatian yang melampau-lampau. Jika anda tidak mengenali Pak Samad, anda akan tertipu dengan helah dan politik sasteranya. Karyanya, orangnya, gayanya dan pemikirannya memang dikagumi, namun politik sasteranya sangat menjelekkan khalayak sastera.

PAK SAMAD & SINGAPURA

Secara ringkasnya, Pak Samad lahir dari kebobrokan kehidupannya semasa kecil remaja di Singapura. Ketika zaman Perang Dunia Kedua, Pak Samad membesar dengan wajah-wajah kehidupan manusia di depannya yang penuh kerosakan dan kejelekan.

Di hadapan matanya, Pak Samad menyaksikan kemiskinan yang melampau, kegiatan pelacuran, hikpokrasi, kejahatan penjajah, ketidakadilan pemerintah penjajah sehingga hidup Pak Samad kecelaruan.

Semua itu digambarkan dalam novel hebatnya "Salina" dan "Hujan Pagi".

PAK SAMAD & MOGOK SENI

Pada tahun 1980an, Pak Samad melancarkan mogok seni. Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sudah membaca beberapa karya besar sasterawan negara seperti SN Abdullah Hussain (Terjebak), SN Dr. Anwar Ridhwan (Hari-Hari Terakhir Seorang Tua Di Kaki Gunung), dan juga Novel hebat dari Indonesia (Keluarga Gerilya) karya Pramodya Ananta Toer.

Pak Samad khabarnya ketika itu melancarkan mogok seni kerana karya-karyanya yang tidak mendapat perhatian dari DBP, kemudian kelewatan dibayar honorarium novelnya juga oleh DBP dan ketidakpedulian DBP dalam beberapa isu mengenai dirinya.

Lama kemudian, saya sendiri mendapati Pak Samad hanya berdiam diri apabila diberi gelaran "Sasterawan Negara" dengan segala macam kemudahan dari kerajaan. Kemudahan hospital, penerbangan, penerbitan, hadiah wang tunai dan sebagainya layak diberikan sesiapa yang bergelar Sasterawan Negara.

Kemudian, saya dapati sendiri, apabila Pak Samad tidak lagi dipanggil mendeklamasi puisi-puisinya oleh agensi kerajaan dan swasta, Pak Samad kembali menimbulkan keributan. Anda harus faham, kebiasaannya pendeklamasi sajak dalam majlis-majlis besar bukan mendeklamasi dengan air liur sahaja. Pengalaman saya ialah, ada di antara mereka diberi bayaran sejumlah RM2,000, RM5,000 dan RM7,000 mengikut kepada taraf kesasteraan dan nama mereka.

KENANGAN BERSAMA PAK SAMAD 2003

Saya juga mendapati, Pak Samad melibatkan dirinya dalam politik tanah air, mensasterapolitikkan sastera negara, mempolitiksasterakan institusi Sasterawan Negara dan terkini menyinggung rakyat Malaysia dalam isu bendera Sang Saka Malaya. Semuanya itu berlaku apabila Pak Samad tiada siapa ambil peduli lagi.

Soalan saya, selama ini di manakah Pak Samad mengundi? Apakah Pak Samad mengundi pada PRU 1955 hingga PRU 2013?

Bagi saya secara peribadi, Pak Samad sebenarnya mengidap penyakit sastera. Sasterawan Sakit.

Jika Sasterawan Sihat, seseorang SN boleh membezakan di antara bendera Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya! Apakah orang Cina dan orang India serta bumiputera Sabah Sarawak gembira dengan acara "menunjuk-nunjuk" bendera Sang Saka Malaya.

Apakah maksud Pak Samad negara Malaysia ini mesti ditukar kepada Malaya, guna semula bendera Sang Saka Malaya!

Kalau begitu orang-orang di Sabah dan di Sarawak sudah pasti tersinggung dan sakit hati. Oh rupanya perjuangan mereka hendak meMalayakan Sabah dan Sarawak. Oh rupanya Sabah dan Sarawak tidak penting dalam Malaysia sebab itu mereka menghidupkan organ-organ Malaya. Bukankah Malaya itu maksudnya tanpa Sabah dan Sarawak!

Apakah perbuatan Pak Samad yang lupa diri itu bermaksud rakyat Sabah dan Sarawak boleh belah...boleh merdeka...boleh keluar dari Malaysia!

Saya yakin rakyat di Sabah dan Sarawak tidak gembira dengan nama Malaya atau bendera Malaya, malah akan menambah kebencian kepada orang Semenanjung bilamana mereka memainkan isu Sang Saka Malaya dan nama-nama Malaya!

Kata rakan saya di Kota Kinabalu, "kamu lihat orang Malaya, mereka mahu monopoli negara ini, mereka mahu mengubah negara ini menjadi negara Malaya, sebab itu mereka perjuangkan Sang Saka Malaya...bukannya bendera Malaysia Jalur Gemilang".

Apa jawab kamu orang "Malaya"? (dituju kepada Hishamudin Rais dan Pak Samad). Kamu mahu negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kah? Kerana ego dan sombong kamu mengungkit-ungkit nama Malaya...Malaya...Malaya...Orang Malaya Orang Semenanjung..Orang Semenanjung Orang Malaya...bukannya Malaysia lagi! -  SUMBER

No comments:

Post a Comment