Saturday, 21 September 2013

MB PERAK MENGINGATKAN CALON MAHU BERTANDING JANGAN DISEKAT....???



Pengerusi Badan perhubungan Umno negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menganggap proses pengundian sebagai suatu detik bersejarah bagi parti itu.


Beliau yang juga Menteri Besar Perak cukup berpuas hati dengan perjalanan proses pendaftaran calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian di negeri Perak yang berlangsung hari ini.


"Seperti yang kita ketahui, ini adalah saat yang bersejarah bagi UMNO dan saya juga berharap ia mungkin merupakan sejarah besar dalam parti-parti di Malaysia ini kerana kita menggunakan kaedah pendaftaran seperti kaedah pilihanraya untuk pertama kalinya

"Nampaknya ia berjalan dengan begitu lancar sekali dan saya bersyukur, walaupun kita kadangkala mungkin ada sedikit masalah tetapi masalah-masalah kecil itu dapat kita selesaikan dan kita belajarlah daripada pengalaman ini untuk membaiki kelemahan yang ada," katanya di Pendaftaran Calon Peringkat Jawatankuasa Bahagian dan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian, hari ini.


Dr Zambry yang tiba di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar jam 8.30 pagi menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Lumut pada jam 8.45 pagi.


Borang pencalonan itu diserahkan kepada ahli jawatankuasa pemilihan Umno Bahagian Lumut Ismail Ali.


Menurut Zambry lagi, pada keseluruhannya beliau berpuas hati tetapi beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan oleh ahli.


Beliau dikerumuni oleh beberapa orang calon yang tidak berpuas hati untuk mendapatkan nombor pertama sehingga berlaku sedikit kekecohan.

Dr Zambry berkata beliau berjaya menyelesaikan kekecohan itu melalui proses kekeluargaan.


Proses pendaftaran berkelompok ini adalah yang terbaik dalam melaksanakan proses demokrasi di dalam Umno.


Menjawab satu soalan katanya setakat ini beliau tidak tahu sama ada beliau bakal ditentang atau sebaliknya untuk jawatan ketua Umno bahagian.


"Sesiapa saja boleh bertanding kerana Umno memperjuangkan demokrasi dalam soal-soal pemilihan jawatan dan hala tujunya," katanya.


Beliau juga mengingatkan ahli-ahli bahawa tidak harus berlaku di mana calon-calon yang hendak bertanding sebarang jawatan disekat kerana ini boleh mencemarkan imej parti.


Proses pendaftaran ini melibatkan 24 Umno Bahagian yang mana pertandingan untuk semua jawatan diadakan pada 19 Oktober.


*** Betul ke.... betul ke calon yg nak bertanding jgn disekat..???? Kadang2 kita nmpak air itu tenang di permukaan tp siapa yang tau gelora di dasarnya....!!!!!!

No comments:

Post a Comment