Thursday, 12 September 2013

HAMPIR SEPARUH PELATIH POLIS TAK TAHU MENGUCAP, MANDI JUNUB...???


Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat polis yang kurang pendidikan agama. Beliau mengakui semua kerjaya menghadapi masalah kerana sistem pemdidikan negara yang didakwa kurang baik.

Bagaimanapun beliau mengingatkan masyarakat tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan semata-mata.

"Semasa dalam Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, saya melawat pusat latihan dan maktab polis, kita mendapati polis menghadapi masalah daripada peringkat latihan lagi. Kalau saya tak betul Tan Sri Musa Hassan boleh betulkan.

30 hingga 40 peratus pelatih-pelatih tidak tahu mandi junub. Terpaksa diajar pula mandi junub. Mengucap tak berapa lancar pun tinggi sampai 40 hingga 50 peratus. Terpaksa diajar mengucap dua kalimah syahadah.

Sembahyang pun begitu. Kalau kita salahkan sistem pendidikan tetapi tidak berbuat apa-apa maka kita akan lahirkan pasukan polis tidak berwibawa, tentera tidak berwibawa dan kewartawanan tidak berwibawa" katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment