Tuesday, 24 September 2013

GADIS TUNISIA JIHAD SEKS KE SYRIA....???


Tunisia – Beberapa gadis Tunisia yang telah pergi ke Syria untuk melaksanakan “seksual jihad” ada yang telah kembali ke rumah dalam keadaan hamil, Menteri Dalam Negeri Tunisia Lotfi Bin Jeddo berkata dipetik oleh Al Arabiya.

Gadis-gadis Tunisia bertukar pasangan antara 20, 30, 100 pemberontak dan mereka kembali membawa buah hasil hubungan seks atas nama jihad seksual dan kami mendiamkan diri tanpa melakukan apa-apa dan berdiri terbiar begitu sahaja kata menteri tersebut semasa satu ucapan kepada Majlis Perlembagaan Negara Tunisia.

Bin Jeddo berkata kementerian dalam negeri telah mengharamkan 6,000 Tunisia dari perjalanan ke Syria sejak Mac 2013 dan menahan 86 individu yang disyaki membentuk “rangkaian” yang menghantar belia Tunisia untuk “jihad” ke Syria.
Menteri itu menjawab kembali kepada kumpulan hak asasi manusia yang mengkritik keputusan kerajaan untuk mengharamkan apa yang dipanggil “jihad”. Kebanyakan mereka menerima pengharaman perjalanan berumur kurang daripada 35 tahun, katanya.
“Orang kita diletakkan di barisan hadapan dan diajar bagaimana untuk mencuri dan menyerang (Syria) kampung-kampung,” kata Bin Jeddo.

Bekas Mufti Tunisia Sheikh Othman Battikh berkata pada April bahawa 13 kanak-kanak perempuan Tunisia “telah tertipu” dalam perjalanan ke Syria untuk menawarkan khidmat seks kepada pemberontak berjuang untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Mufti, yang dipecat daripada jawatannya sehari selepas itu, menyifatkan apa yang dipanggil “seks Jihad” sebagai satu bentuk “pelacuran.”

Pada bulan Ogos, ketua pengarah perkhidmatan awam keselamatan Mostafa Bin Omar berkata aktiviti “seks jihad” didedahkan di satu kawasan barat negara di mana pejuang al-Qaead berkurung.

Bin Omar memberitahu pemberita bahawa penyokong al-Qaeda Ansar Syariah telah menggunakan kanak-kanak perempuan kecil, memakai penutup muka penuh untuk menawarkan perkhidmatan seks untuk lelaki pejuang jihad.

Sumber Al Arabiya

No comments:

Post a Comment