Saturday, 28 September 2013

DR. MAZA ....SINDIR BINI MAT YO....!!!


Berikutan kejadian isteri pemain bola sepak dari pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Nor Shahrul Idlan Tallaha bertindak biadap terhadap seorang pegawai keselamatan Lapangan Terbang Subang Skypark, bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak terlepas melontarkan pandangannya.

Melalui posting di akaun Facebook beliau, Asri berkata pegawai keselamatan yang bernama Azman Mohd Nayan, 49 itu merupakan seorang yang menghormati orang dan peramah berdasarkan pengalaman beliau ke lapangan terbang tersebut.

"Saya simpati dengan pak cik guard di Airport Subang yang dimaki dan ditendang oleh seorang perempuan yang semua tahu tentangnya. Saya kerap juga bertemu dengan pak cik tersebut di Airport Subang.

"Saya tidak kenal nama pak cik tersebut tapi sekadar yang saya perasan, dia sangat menghormati, bertegur sapa serta bercakap dengan baik (dan) memudahkan urusan saya dan sahabat yang mengiringi saya.

"Itu sekadar pengalaman saya dengannya. Allah lebih mengetahui keadaan setiap insan. Moga Allah rahmati dia dan berikan keadaan yang lebih baik," demikian menurut Asri.

Kejadian tersebut mendapat liputan meluas pelbagai pihak sehingga video berdurasi 55 saat itu menjadi viral pelayar internet.

Video tersebut dipercayai dimuatnaik oleh isteri Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, berang dengan Azman yang meminta pasangan suami isteri tersebut mengalihkan kenderaan ke tempat yang sepatutnya.

Mat Yo dan isterinya Siti Aishah Adam pada mulanya dilihat sedang berborak hampir 10 minit.

Akibat marah, Aishah bertindak memaki hamun kemudiannya berlaku kekasaran.

No comments:

Post a Comment