Monday, 16 September 2013

CHIN PENG MATI BERSAMA TAKDIRNYA..... KEMPUNAN NAK MATI DI SITIAWAN...!!!


Petaling Jaya  :  Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, kira-kira pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun. 

Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua. 

Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat. 

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. 

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya,  di Sitiawan, Perak. 

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya. Sumber asal - mStar


*** Paling sedih tentunya Karpal Singh.... Menangis tak berlagu lah OKU DAP tu.... uhuhuhu.......... Anwar kompem x jadi angkat sumpah nak jadi PM sbb sibuk mintak tolong Mat Sabu n Khalid Ismath utk penuhi impian komunis tu agar abu mayatnya di bawa masuk ke Malaysia.... Lim Kit Siang dah x mampu nk cakap apa.... mungkin akan mengepalai pukulan gendang pada perarakan pembakaran mayat nanti............................... agaknya lah!!!!

No comments:

Post a Comment