Friday, 20 September 2013

'BANGKAI' CHIN PENG DI KUIL WAT THAT THONG, AKAN DI BAKOR PETANG ISNIN

Saeleechee Ching (depan) dan ahli keluarga tiba di dewan sembahyang kuil pada Jumaat. Foto SIA HONG KIAU

BANGKOK : Persediaan untuk upacara pengebumian Chin Peng bermula awal pagi Jumaat di kuil Wat That Thong walaupun hujan turun berterusan di sini.

Kuil itu yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di tengah bandar Bangkok akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebelum pembakaran dijadualkan pada petang Isnin ini.

Mayat Chin Peng masih belum tiba di kuil itu sehingga pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia), tetapi menurut tradisi Thai, mayat itu kebiasaannya akan dimandikan pada lewat petang sebelum diletakkan di dalam keranda.

Beberapa individu dipercayai rakan-rakan Chin Peng dan orang ramai dilihat tiba di kuil itu.

Sekumpulan kecil individu berpakaian hitam turut dilihat berada di dewan sembahyang kuil berkenaan.

Wartawan cuba mendekati mereka tetapi mereka enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya sama ada mereka adalah ahli keluarga Chin Peng.

Salah seorang daripada mereka, dikenali sebagai Saeleechee Ching, dipercayai anak saudara pengganas komunis itu.

No comments:

Post a Comment