Tuesday, 3 September 2013

AWAS !!! POLIS BURU PELAJAR UITM DUNGUN BUANG BAYI DALAM LOJI KUMBAHAN

image

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu yakin dapat menyelesaikan kes buang bayi yang ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam tempoh terdekat.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kini, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan melibatkan keseluruhan pelajar wanita di universiti berkenaan.

“Kita terpaksa mengambil sedikit masa kerana masih ramai pelajar universiti itu yang kini sedang bercuti sempena Aidilfitri dan dijangka kesemua mereka akan memulakan kelas pada minggu ini,” katanya.

Manoharan yang enggan mendedahkan jumlah pelajar wanita yang dipanggil untuk siasatan berkata, pihaknya berharap individu terlibat dapat tampil menyerah diri dalam masa terdekat.

Sinar Harian keluaran 30 Ogos lalu ada melaporkan warga kampus UiTM, Dungun, gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut. SH

No comments:

Post a Comment