Friday, 23 August 2013

ZARINA ZAINUDDIN BAHAGIA 20 TAHUN HIDUP BERMADU, TAK HALANG JIKA SUAMI INGIN TAMBAH ISTERI KE - 3......

Kredit foto Faisol Mustafa.

Pelakon Zarina Zainuddin menyifatkan kehidupan bermadu iaitu berkongsi kasih suami bukanlah satu perkara buruk seperti yang digambarkan oleh kebanyakan wanita. Selama 20 tahun menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, aktres beusia 43 tahun ini mempunyai hubungan baik dengan madunya.
"Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu.
"Apa yang penting hati perlu dibersihkan agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri masing-masing."Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama dan kami tahu peranan masing-masing," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
..
Tambah pelakon itu, hubungan yang akrab bersama madunya membuatkan mereka turut menjadi rakan kongsi menjalankan perniagaan kecantikan bersama-sama.
"Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama.
"Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk memberi peluang mereka bercerita.
"Kadang-kadang rasa bagus juga hidup begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri pula," tuturnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia juga tidak mempunyai halangan jika suaminya mahu menambah isteri ketiga.
Zarina kini memiliki empat orang anak lelaki termasuklah sepasang kembar berumur 17 tahun, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai,10 dan Muhammad Adam Azrai yang berusia tujuh tahun.

No comments:

Post a Comment