Saturday, 24 August 2013

SEBAB MUSABAB 'POLIS' BUNUH ALTANTUYA DIBEBASKAN..... SO, SIAPA BUNUH ALTANTUYA...???

Post image for 8 ALASAN MENGAPA PEMBUNUH ALTANTUYA DIBEBASKAN

8 ALASAN MENGAPA PEMBUNUH ALTANTUYA DIBEBASKAN 

Negara pernah dikejutkan dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.


Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul.

  • Hakim gagal beri pendapat
  • Penghakiman penuh pembebasan
  • Maklumat penemuan
  • Pemilikan bahan letupan
  • Gagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri
  • Selipar
  • Katrij terpakai
  • Tiada niat

Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan. Relevan atau tidak, nantikan bantahan dari Mahkamah Tinggi berkenaan keputusan ini. Kalau tanya kita yang ikuti perkembangan kes nie pun rasa cam tak masuk akal.

P/S : Abdul Razak Baginda dah terlepas dari disabitkan kesalahan, kini suspek utama pula dibebaskan. Jadi, siapa sebenarnya pembunuh Altantuya..??? Altantuya meletupkan dirinya sendiri ke..??? Atau.... bagaimana....???

No comments:

Post a Comment