Sunday, 18 August 2013

RITA TUDUH AIDIL CETEK AGAMA.......???

Post image for AIDIL CETEK AGAMA, TAK LAYAK DIBUAT SUAMI ATAU MENANTU – RITA RUDAINI

AIDIL CETEK AGAMA, TAK LAYAK DIBUAT SUAMI ATAU MENANTU – RITA RUDAINI | Tak habis-habis lagi rupanya kes rumahtangga Rita Rudaini dan pasangannya Aidil Zafuan nie. Ingat selepas diceraikan pada 27 Julai lalu, akan hilang semua kontroversi. Namun, Rita Rudaini memberitahu hatinya sudah lama kosong, sekosongnya dan malah sudah dapat mengagak penceraian itu pasti akan berlaku.

“Hati saya sudah lama kosong… kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. 
“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar? 
“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. 
Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api. 
“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama? 
“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?

Menurut Rita, dia sudah biasa membesarkan dua anaknya yang masih kecil bersendirian kerana telah ditinggalkan Aidil selama dua tahun walaupun masih bergelar isteri dulu. Malah permata hatinya Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2, pun sudah terbiasa menjalani hidup tanpa Aidil kerana mereka sendiri pun sudah lama tidak bersemuka dengan bapa mereka.

No comments:

Post a Comment