Friday, 16 August 2013

RAMAI BENCI PELAKON HANEZ SURAYA GEDIK TERLAMPAU.......


Kalau dah jadi artis,rasa tak sah kalau tiada yang membenci atau tidak berpuas hati dengan artis itu. Yelah lumrah manusiakan, tak semua yang suka kita dan tak semestinya kita boleh puaskan hati semua orang.

Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Hanez Suraya baru-baru ini. Hanez dalam laman instagramnya dilihat mendedahkan 8 akaun yang diwujudkan untuk membencinya dengan pelbagai nama.

Antara nama akaun yang diwujudkan untuk membencinya adalah seperti Hanezhaters, Hanezbenci, Hanezhaterzzzzzz, Hanezhanezhaters dan banyak lagi.


Hanez yang berkongsi gambar screencapture setiap akaun pembencinya it, nampaknya bengang betul dan telah menasihatkan sesiapa yang mewujudkan akaun tersebut supaya berhenti membuat kerja-kerja sebegitu dan berbanyakan beramal.

Berikut merupakan caption Hanez : " Banyaknya!! Semua ini orang yang sama!! Apa kata bulan yg mulia ni lebih baik buat keje amal dr buat keje jahat ni.. x jadi apa pon awak buat mcmni..Terima kasih!!"

Haaa bengang dan marah betul Hanez kepada orang itu. Tetapi menurut Hanez orang yang sama yang mewujudkan akaun itu? Betul ke? Kalau betul apa niat sebenarnya? Haihtak fahamlah kenapa wujudnya orang sebegini, harap dia dapat hentika kerja-kerja begitu, lebih-lebih lagi di yang mulia ini. SUMBER

No comments:

Post a Comment