Monday, 19 August 2013

PERGOLAKAN DI MESIR : IKUTI KENYATAAN AHLI MAJLIS ULAMA AL-AZHAR....



KENYATAAN DR.HASSAN SYAFIE (Ringkasan) - Ahli Majlis Ulama Al Azhar

1. Bukan semua orang yang ditembak itu pengikut Ikhwanul Muslimin. Penembak ini seolah-olah bukan lagi manusia...


2. Saya memohon kepada semua agar tidak meredhai kezaliman ini....

3. Saya juga memohon –sebagai salah seorang anggota majlis ulama di Al Azhar-mereka yang telah mengambil perjanjian dengan Allah bahawa kita tidak boleh menyembunyikan ilmu

4. Saya memohon kepada semua ulama Mesir terutama sekali kepada Syeikhul Azhar hendaklah menyatakan sebagaimana pernyataan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa “darah seorang muslim lebih suci daripada Kaabah”

5. Saya memohon kepada ulama seluruh dunia di Arab Saudi, negara-negara Teluk, Syam, Iraq, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Maghribi, Benua Afrika, Wahai hamba Allah! dengarlah…ribuan cedera dan ratusan terbunuh, bukan berperang dengan zionis yang menceroboh tanah suci tapi membedil rakyat yang tidak bersenjata.

6. Kita tidak pernah menyaksikan peristiwa sebegini meskipun di zaman diktator tegar Presiden Jamal Abdul Nasir. Beliau tidak membedil penunjuk perasaan yang menentangnya pada tahun 1967

7. Di mana perginya suara-suara hak-hak asasi manusia di dalam dan di luar negara? Bukankah mereka adalah manusia yang telah ditumpahkan darahnya? Di mana perginya Dr.Mohamed Baradie yang mengatakan bahawa Dr.Morsi telah hilang kemuliaannya ketika seorang rakyat Mesir terbunuh pada zaman pentadbirannya?

No comments:

Post a Comment