Wednesday, 28 August 2013

PENTINGNYA TATTOO PADA YAKUZA


Anda pasti sudah sedia maklum dengan kisah mengenai YAKUZA. Maraknya berita yang tersebar, membuatkan negara lain tahu tentang ketaksuban mafia Jepun ini.  Yakuza amat sinonim dengan tubuh ahlinya yang dipenuhi dengan tattoo.

Sebenarnya tidak ada alasan tertentu mengapa ahli Yakuza bertattoo di hampir seluruh bandannya, walaupun diketahui ramai bahawa sakit yang dialami akibat bertatto itu seakan-akan tidak tertanggung.


Bagaimanapun, difahamkan rasa sakit teramat sangat yang dialami oleh mereka ketika bertattoo merupakan sebuah kebanggaan tersendiri bagi ahli Yakuza.  Tattoo yang dibuat dengan tangan itu disebut sebagai Tebori dan dibuat secara berperingkat, paling kerap 2 kali dalam seminggu. Ada tattoo yang memakan masa hingga setahun untuk disiapkan.

Yakuza 3

Menurut Yakuza, bertattoo di sekujur tubuh adalah bagi menunjukkan seseorang itu adalah anggota Yakuza dan mampu menakutkan orang biasa, walaupun sekiranya mereka dipenjarakan.

Yakuza 1

Selain daripada itu, bertattoo juga sebenarnya merupakan sebuah penghormatan bagi para pemimpin mereka di samping menambah unsur-unsur keindahan.  Walaupun Yakuza dikenali sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan, Yakuza tetap menyukai keindahan seni tattoo yang jika dilihat secara mendalam tatto hanyalah gambar-gambar semacam naga, harimau, dewa dan susuk tubuh wanita di badan Yakuza.

***Islam melarang dan mengharamkan  umatnya untuk bertattoo dan mentattoo demikian sebagaimana disabdakan Rasulullah saw dalam hadis sahih:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda: “Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknati wanita yang menyambung rambutnya, dan yang meminta untuk disambungkan, wanita yang mentato dan meminta ditatokan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5933 dan dari sahabat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma no. 5937)
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment