Tuesday, 13 August 2013

PENGERUSI MPN N9 LETAK JAWATAN...???

Kamarul Baharian Abbas

SHAH ALAM - PKR menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharian Abbas (gambar) meletak jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau mendakwa, perkara terbabit tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pimpinan parti.

Malahan, beliau menegaskan bahawa, sumbangan bekas Setiausaha Agung PKR itu masih diperlukan untuk membangunkan parti sebagai sebuah sebuah institusi politik yang dihormati di negara ini.

"Saya tidak maklum perkara itu, kena tanya tuan punya badan.
 
"Parti masih memerlukan beliau kerana banyak sumbang kepada parti.

"Susah saya nak komen isu itu, ia tidak libatkan keahlian dalam parti, ia hanya kedudukan dalam MPN," katanya kepada Sinar Harian Online yang ditemui di pejabat Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini. SH

No comments:

Post a Comment