Sunday, 11 August 2013

LEE CHONG WEI TEWAS BERMARUAH, TARIK DIRI AKIBAT CRAMP...

image

GUANGZHOU : Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, di sini hari ini.

Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.



Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.

Tak perlulah nak mengutuk macam-macam Datuk LCW tu, untuk layak ke game final tu pun beliau dah bermain habis2an.... cramp tu bukan disengajakan. Kita yang hanya melihat live game kat tv aja, jangan lah mengumpat mengutuk yang bukan2 seolah2 lebih terror dari Lin Dan...!!!

No comments:

Post a Comment