Monday, 26 August 2013

KANAK-KANAK MANGSA DERA IBU KANDUNG MENINGGAL DUNIA

Kes Dera Anak Kerana Terlalu Nakal: Mangsa Meninggal Dunia Semalam - Terbakor

Dengan badan dipenuhi kecederaan lama dan baru dipercayai dirotan..... Akhirnya, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ini meninggal dunia angkara penderaan kejam yang dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri dengan alasan katanya, anak sulung perempuannya itu terlalu nakal....... Kesiannnya...................

Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini, semalam (Ahad). 
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu. 
“Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut. 
Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan. 
Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas. 
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. 

No comments:

Post a Comment