Thursday, 22 August 2013

( FOTO ) : TERHANTUK ALMARI, MUKA PELAKON ZUL ARIFFIN CEDERA

Rebah Di Raya Keempat, Zul Ariffin Cedera Di Muka

Rebah Di Raya Keempat, Zul Ariffin Cedera Di Muka – Gambar yang dimuat naik dan menunjukkan kesan luka dimukanya menyebabkan ramai tertanya-tanye apa yang berlaku kepada pelakon, Zul Ariffin sehingga menyebabkan dia tercedera sedemikian.


Menurut pelakon filem ‘Bikers Kental’ ini, kejadian tersebut berlaku pada raya keempat yang lalu dan ianya berlaku sewaktu dia berada di kampung halamannya di Taiping, Perak.
“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada waktu subuh. Sejurus saya berdiri, saya terus pitam dan lebih malangnya bila muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul.
Tambahnya lagi, selepas itu dia terus dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.
“Syukur, tiada kecederaan yang lebih serius cuma parut di bahagian muka sahaja. Sebelum ini saya memang ada penyakit darah tinggi namun pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi.”
“Tapi, saya rasa kejadian tersebut sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklum sajalah di musim raya, pelbagai makanan yang di makan,” katanya.
Dalam pada itu, Zul turut memberitahu bahawa parut di mukanya itu akan pulih sepenuhnya dalam masa dua hingga empat minggu lagi. myArtis

No comments:

Post a Comment