Monday, 26 August 2013

BAPA ENGGAN KEBUMIKAN JENAZAH ANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA 37 HARI LALU KERANA................


ting
IPOH – Bapa kepada Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap mahu pihak berkuasa melakukan siasatan dan bedah siasat kedua ke atas mayat anaknya sebelum jenazah berkenaan dikebumikan.
Menurut Mohd. Damanhuri, 50, sebagai bapa dan waris, dia memahami peranan serta tanggungjawab sebagai umat Islam supaya menyegerakan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Sherul Aizam, namun dia hanya mahukan kepastian mengenai punca sebenar kematian anaknya.

Bagaimanapun, dia dan keluarga bersedia duduk semeja dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sekiranya pihak berkenaan memanggil mereka untuk membincangkan isu tersebut. – Kosmo
RUMAH yang menjadi tempat Sherul Aizam dikatakan mati tersangkut di tingkap di Taman Saz, Ipoh pada 20 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment