Wednesday, 24 July 2013

PERBEZAAN BILIK AIR DAN BILIK PERSALINAN..... CAI2 PR NGOK WAJIB TENGOK..!!!


Setelah saya paparkan entri terdahulu, klik di sini, sebilangan pembaca melontarkan pandangan mereka hanya  berasaskan TANGGAPAN  bukan FAKTA.  Pada awalnya, saya hanya ingin memperbetulkan fakta ditulis oleh blogger pro pembangkang,  BILIK AIR dan BILIK PERSALINAN, dua premis berbeza. 

Pada masa sama, saya TIDAK langsung melontarkan pandangan berhubung  status keselesaan  bilik persalinan digunakan sebagai tempat makan pelajar sekolah sejak kira-kira 4 bulan lalu. Oleh itu USAH mencatatkan komen berlandaskan TANGGAPAN.

Apapun, izinkan saya berkongsi beberapa gambar dirakamkan di sekolah sama untuk menjelaskan kepada mereka terkeliru.

"Sekolah ini mempunyai 1,373 pelajar dan saiz kantin terkini tidak mampu menampung kesemua pelajar pada satu satu masa. Bermula pada bulan Mac 2013, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan (BUKAN bilik air)  telah dinaiktaraf dan dijadikan tempat makan pelajar apabila kantin sekolah  penuh," ujar sumber.


 "Ada ke shower di dalam bilik persalinan itu sehingga boleh menjadikan suasana lembab dan berbau?," tanya saya.


"Shower heads telah diterbalikkan. Pelajar hanya dibenar menggunakan sinki sahaja untuk membasuh tangan selepas makan. Ruang itu dijaga bersih dan berbau wangi.  Sebelum bulan puasa, setiap kali  kantin sekolah  'melimpah',  selain daripada pelajar India dan Cina,  pelajar Melayu juga menggunakan ruang sama  sebagai tempat makan dan minum," katanya.


"Ada ke kebaragkalian pelajar kencing di dalam BILIK PERSALINAN itu lalu menjadikan ruang itu tidak sesuai untuk pelajar makan?," tanya saya lagi.

"Memang pihak sekolah melekatkan kertas sebagai tanda peringatan di pintu. Shower juga tidak beroperasi.  Jadi tiada pelajar kencing di dalam ruang makan itu," jelasnya.


Saya dimaklumkan TIADA wartawan media elektronik dan cetak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Di peringkat negeri, kenyataan rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Selangor selain daripada menteri.

"Mengapakah pelajar tidak makan di dalam kelas? Atau dibinakan kanopi untuk mereka berteduh buat sementara waktu?," soalan saya menyusul.

"Mengikit peraturan di sekolah, pelajar dilarang makan di dalam kelas. Pembinaan kanopi pula pastinya akan membabitkan kos tertentu," jawab sumber tenang.

Terkini, Timbalan Menteri Pendidikan dilapor telah mengarahkan operasi ruang makan itu dihentikan dengan serta-merta.

"Kerja menggantikan pintu kantin sekolah dijalankan di antara 19  dan 23 Julai sahaja. Selepas ini, esok 24 Julai, semua pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan kembali kantin seperti biasa," tambah sumber saya lagi.

Apapun, FAKTA tetap FAKTA.

Bilik air dan bilik persalinan, BERBEZA. Kita boleh kencing di bilik air kerana ada mangkuk tandas tetapi tidak  di bilik persalinan. Tambahan pula selepas kemudahan untuk mandi diberhentikan.  LEBIH penting, jangan kencing orang secara keterlaluan. Usah mempolitikkan isu  sedangkan jalan penyelesaian mampu digarap.

Saya BUKAN  blogger politik dan TIDAK dibayar oleh sesiapa untuk menulis. Jauh sekali mempunyai sebarang kepentingan dalam hal ini. Tugas saya, berkongsi berita sebenar bukan berita dimanapulasi oleh blogger bergaji.


KREDIT TO : mazidulakmal.com

No comments:

Post a Comment