Friday, 12 July 2013

KHALID GEREJA KALAH SAMAN TERHADAP HAMIDAH OSMAN


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad kalah dalam saman fitnah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung tulisan di blog yang menyiarkan gambarnya memakai jubah paderi Kristian.

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman Khalid kerana beliau gagal mengemukakan tulisan blog asal yang didakwanya sebagai artikel berunsur fitnah.
Hakim Datuk Hashim Hamzah memerintahkan Khalid untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM20,000.
Khalid, 55, menyaman Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno kerana dikatakan menggunakan gambar “superimposed” nya memakai baju jubah paderi di blognya pada Januari 2010 di blognya hamidahosman.blogspot.com.
Khalid yang juga Pesuruhjaya III PAS Selangor mendakwa dalam satu tulisan Hamidah di blognya bertajuk “Bersatulah Umat Islam kali ini” itu menggambarkan dirinya sebagai paderi Kristian dan sudah murtad.
Blog itu sudah ditutup sejak September 2011 – Antarapos

No comments:

Post a Comment