Wednesday, 17 July 2013

KETIDAKADILAN KEPADA 4 LELAKI MELAYU BELASAH ANAK CINA HINA ISLAM....!!! BEBASKAN MEREKA !!!!


INI TIDAK ADIL...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Walaupun tiada laporan polis dibuat oleh Ng Mun Tatt, empat orang lelaki Melayu telah ditangkap dan ditahan oleh polis Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Negara, keempat-empat lelaki Melayu tersebut telah ditangkap ekoran gambar bak kut teh yang dimuatnaik oleh Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina amalan puasa oleh umat Islam.

Agak aneh tindakan yang dilakukan ke atas keempat-empat orang lelaki berkenaan berbanding tindakan ke atas Ng Mun Tat. Difahamkan, Ng Mun Tatt yang dikatakan sebagai operator yang menjaga kaunter kafe siber sebenarnya adalah pemilik tujuh buah pusat perjudian online. Sudah ada tindakan sita yang dilakukan ke atas premisnya tetapi hanya beberapa kemudian, premis-premis berkenaan beroperasi seperti sedia kala.


Anda masih ingat lagi peristiwa tahun 2009 apabila beberapa orang lelaki Melayu yang mengusung kepala lembu dan memijaknya di hadapan pejabat SUK Selangor, telah menimbulkan kemarahan masyarakat India kerana MENGHINA TUHAN mereka kononnya, walaupun sebenarnya kepala lembu yang dimuliakan sangat itu dilambangkan kepada KEBEBALAN dan KEBODOHAN KHALID IBRAHIM, Menteri Besar Selangor.

Pada ketika itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Dusuki Mokhtar telah meminta hakim agar 12 orang pemuda Melayu itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang walaupun denda yang dikenakan tidak lebih RM5000.

12 lelaki Melayu berkenaan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Mereka akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap orang.

Mengapa hanya tindakan tegas dan pantas diambil terhadap Melayu, tetapi Ng Mun Tatt yang mengaku melemparkan bangkai babi ke dalam sebuah surau serta pasangan ALVIVI yang melucah serta menghina Islam pula, dibela dan tidak langsung terjejas dengan undang-undang negara ini?


Adakah undang-undang hanya melibatkan Melayu-Bumiputera sahaja, manakala Cina dan India tidak boleh langsung dilibatkan sekalipun mereka mengaku mereka rakyat Malaysia? SETERUSNYA...... KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment