Monday, 15 July 2013

KARYAWAN BANTU SHEEDA AMBIL SEMULA ANAK DI RUMAH BEKAS SUAMI

Sheeda Dangdut Serang Bekas Suami?

Pelantun lagu, Angkat Kaki, Sayyida Beevi atau lebih dikenali dengan panggilan Sheeda terpaksa menyerbu rumah bekas suaminya bagi berjumpa dengan anak bongsunya, Nur Fazlinda.


“Suami tidak benarkan saya berjumpa dengan anak selepas berlaku pertengkaran kecil di antara saya dan dia. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila tidak dapat bertemu dengan anak sendiri. Malahan selama 13 tahun saya membesarkan dia sendiri tanpa meminta bantuan daripada bekas suami,” ujarnya.
Menurut Sheeda, kerana kecewa dengan situasi yang berlaku, beliau telah mendapatkan aduan kepada Persatuan Karyawan.
“Datuk Freddie Fernandez selaku presiden persatuan tersebut mencadangkan supaya perkara ini dibawa ke mahkamah dan telah memperkenalkan saya dengan seorang peguam syarie iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.
“Saya amat terharu apabila kos peguam tersebut ditanggung oleh Karyawan,” katanya.
Tambahnya, pada 28 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan bagi mendapatkan semula hak penjagaan anak.
“Apa yang membuatkan saya semakin tekad untuk mendapatkan anak kembali kerana mendapat tahu sepanjang tiga bulan Fazlinda tidak bersama saya, sudah banyak kali dia tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
“Pihak sekolah telah memberitahu bahawa anak saya tidak hadir dari 13 Jun sehingga 1 Julai lalu. Kemudian dia cuma bersekolah selama dua hari dan pada 4 Julai dia tidak hadir ke sekolah semula sehingga 10 Julai,” jelasnya.
Admin : Difahamkan bekas suami Sheeda terpaksa berbuat demikian (tidak membenarkan anaknya berjumpa bekas isterinya) kerana bimbang Sheeda (penyanyi dangdut) akan mempengaruhi corak kehidupan anaknya. Dari riak wajah anaknya yang admin perhatikan (melalui siaran di TV3)... anaknya seolah-olah keliru dan blurr....malah ketika di tanya wartawan (Melodi)...Sheeda banyak menjawab bagi pihak anaknya dan kerapkali memintas cakap(jawapan) anaknya itu... Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment