Friday, 26 July 2013

BERTENGKAR SAMBIL BERTELANJANG BULAT DI TENGAH JALAN...!!!


Pasangan yang bertengkar ditempat umum mungkin perkara biasa dan sering dilihat. Namun, pasangan di China ini melakukan hal yang agak pelik. Mereka bertengkar di tengah jalan sambil menanggalkan pakaian masing-masing sehelai demi sehelai sehingga keduanya berbogel...


Pasangan tersebut yang tidak disebutkan namanya itu berdiri di tengah jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang sambil bertekak antara satu sama lain.  Tidak diketahui butiran pertengkaran mereka.

Pasangan muda itu seolah-olah 'menunjukkan perasaan' masing-masing dengan menanggalkan pakaian mereka. Ianya dimulai dengan si lelaki dan kemudian diikuti oleh teman wanitanya. Mereka langsung tidak menghiraukan pemandu kenderaan ataupun orangramai yang lalu-lalang di jalan tersebut di Dongguan, Wilayah Guangdong, China.


Yang pelik dan hebat mengenai pertengkaran itu adalah.... tidak ramai yang mahu menyaksikan pertengkaran tersebut ataupun ada pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka dan wanita tersebut bertelanjang bulat di tengah jalan....!!!


Namun seorang saksi, Jiang Dayu tidak mahu melepaskan peluang merakamkan 'adegan' itu melalui telefon bimbitnya. Melalui Daily Mail, Jiang dilaporkan berkata bahawa pasangan itu pada mulanya bertengkar di tepi jalan, tetapi kemudiannya ke tengah jalan. Mereka benar-benar tidak menghiraukan arus lalu lintas meskipun orang membunyikan hon dan kereta bergerak perlahan di sekitar mereka.

Akhirnya.... walaupun pertengkaran itu dilihat 'panas' pada permulaannya.... mereka kemudiannya menyelesaikan perselisihan itu dengan keduanya saling berpelukan dan meninggalkan tempat kejadian bersama-sama. Lebih 'mempesonakan' apabila si wanita tetap selamba bertelanjang bulat ketika meninggalkan lokasi pergaduhan....entah apa alasannya


Cuba membayangkan adegan pergaduhan itu berlaku di negara ini.... mungkin jalan menjadi sesak, semua pemandu akan memberhentikan kenderaan mereka dan keluar utk melihat dengan lebih dekat. Mungkin secara tiba-tiba ramai 'jurugambar' yang tidak bertauliah tidak berhenti 'klik' sehingga 'memory full'...... atau yang wanitanya mungkin sibuk mencari kain untuk menutupi sesuatu yang tidak elok untuk dipertontonkan bkn sahaja di khalayak ramai tetapi juga....di tengah jalan yang sibuk!!!!! he! he! he!




No comments:

Post a Comment