Tuesday, 2 July 2013

AWAS !!! AGENDA TERSEMBUNYI DAP..!!!



 Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong cuba berbohong dan mengalih pandangan masyarakat terhadap agenda terselindung yang dibawa oleh parti Cina DAP itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh Liew Chin Tong yang juga pemikir DAP itu adalah tidak logik apabila berkata faktor menghunus keris oleh Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai punca utama masyarakat Cina tidak menyokong kerajaan.
“Adakah logik kerana keris Hishamudin? Adakah logik satu bangsa membentuk satu blok politik yang padu kerana sebilah keris yang dihunuskan?” soal beliau kepada ismaweb.net.
Pada 27 Jun lalu, Liew Chin Tong dilaporkan Malaysiakini berkata masyarakat Cina mula berubah menjadi penyokong DAP sejak tahun 2005 apabila Naib Presiden UMNO pada waktu itu, Hishammuddin menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda UMNO.
Jelas Ustaz Abdullah, orang Melayu jangan mudah tertipu dengan kenyataan pemikir DAP itu kerana orang Cina memilih DAP bukan kerana peristiwa itu, tetapi kerana masyarakat Cina mahu memilih sebuah parti yang menyuarakan pandangan mereka di Parlimen dan juga mahu merubah rupabangsa negara ini.
“Kita boleh kumpul puluhan kenyataan, cubaan dan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan golongan tertentu di kalangan masyarakat Cina yang mencabar Islam dan kedudukan Melayu melalui pelbagai wadah dan cara.
“Mereka secara terbuka menuntut perkara-perkara yang mencabar semangat perlembagaan atas nama hak sama rata.
“Segala itu menyingkap niat sebenar masyarakat Cina memilih DAP,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Abdullah mendakwa orang Cina juga menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berunsurkan liberal dan plural supaya agenda kesamarataan diterima bersama agenda Malaysian Malaysia di negara ini.
“Mereka fikir mereka dapat menunggang arus liberal dan plural yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan golongan tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat.
“Dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang hebat fahaman tersebut akan membawa penyokong PR dan masyarakat muda percaya kepada kesamarataan mutlak.
“Melalui fahaman kesamaratan itu orang Melayu akan menerima agenda Malaysian Malaysia dan sekali gus menerima kepimpinan Cina DAP. Sebab itu PRU 13 adalah peluang keemasan bagi golongan masyarakat Cina, sebab itu mereka “all out” mengundi PR,” kata beliau.
Beliau menambah, orang Cina berjaya menutup mata kumpulan Islam dalam pakatan apabila sentiasa menuding jari menuduh UMNO sebagai perosak agama dan bangsa dengan itu segala agenda tersirat DAP dianggap sebagai dakyah UMNO semata-mata. - AIDCNews 

No comments:

Post a Comment