Saturday, 6 July 2013

ANWAR KUTUK DEMONSTRASI RAMPASAN KUASA DI MESIR....TAPI SOKONG 'ARAB SPRING' DI MALAYSIA... TAK KE SAKIT OTAK NAMANYA TUH!!!



Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.  Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar.”

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.  Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.

Tetapi, berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html pada 15 Mei 2013, bertajuk “BN Akan diTumbangkan Tahun Ini”:

Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya.  Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui kekerasan.

Tambah laporan itu lagi:

Hishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan.  “Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya.  Kita mesti keluar.  Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan.  Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya.  Ini bukan ugutan, ini adalah janji!”

Dan ini pula laporan dan wawancara Anwar dengan Interpress Service News Agency http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/ pada 24 Februari 2012:


BANGKOK, Feb 24 2012 (IPS) – Pemimpin pembangkang Malaysia yang berkarisma, Anwar Ibrahim, menyentuh semangat ‘Arab Spring’ bagi menamatkan 55 tahun pemerintahan UMNO dan parti komponennya di negara Asia Tenggara itu.   “Malaysia tidak boleh tersisih dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam,” kata ketua Parti Keadilan Rakyat yang berumur 64 tahun itu.  “Bagi kami di Malaysia, ini adalah tanda yang meyakinkan:  trend ke arah demokrasi, kebebasan dan lebih ketelusan di dunia Arab.”

dan: “Arab Spring, adalah berguna bagi kami di dunia Islam dalam hal ini.  Ia mempunya impak bagi erti demokrasi.”

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.   Mungkinkah Anwar lupa bahawa beliaulah yang ke hulu ke hilir meragam tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan beliau jugalah yang menggerakkan ‘lembu dan kambingnya’ ke jalanraya kerana ingin melakukan rampasan kuasa.

Walaupun sering menafikan yang beliau ingin merampas kuasa melalui keganasan, tetapi perkataan Arab Spring yang dipilih oleh Anwar itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang beliau ingin mencetuskan anarki.

Arab Spring sehingga kini telah menyaksikan hampir 130,000 kematian di semua negara yang terlibat.  Paling ramai adalah di Syria iaitu hampir 100,000, tetapi dikhuatiri lebih ramai lagi yang belum dilaporkan.  Diikuti Libya 30,000 dan beberapa ratus atau ribu lagi di Mesir, Tunisia, Algeria, Yemen dan lain-lain.

Justeru, bagaimana Anwar boleh menjadikan Arab Spring sebagai sumber inspirasi tetapi di masa yang sama menafikan ingin mencetuskan anarki?   Bagaimana Anwar mengutuk rampasan kuasa melalui kekerasan tetapi di masa yang sama turut ingin melakukannya?  Bagaimana Anwar meminta orang lain menerima keputusan pilihanraya sedangkan beliau sendiri tidak mahu menerimanya?

Kesimpulannya, benarlah kata orang-orang di keliling Anwar, bahawa Anwar sudah gila. SUMBER

1 comment:

  1. Memang betul Anwar Ibrahim tu double standard. Pasal dia depan belakang semuanya boleh !

    Ikutilah kupasan saya dalam,"Krisis politik Mesir :tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    ReplyDelete