Wednesday, 31 July 2013

90% WANITA MAHUKAN SHAHRIZAT, AZALINA TIDAK 'FEMININ'....???


191 bahagian Wanita Umno akan memberi 90 peratus sokongan kepada Shahrizat sekiranya berlaku pertandingan Ketua wanita Umno Malaysia.

Dalam tinjauan yang dibuat  menunjukkan bahawa akar umbi Wanita Umno lebih menyukai calon yang mempunyai "pengalaman sebagai wanita, ibu, isteri dan serta mempunyai sifat keibuan dan pengalaman cabaran dalam menguruskan rumah tangga".

"(Mereka) beranggapan bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai kefahaman daripada pelbagai aspek seperti kekeluargaan, spiritual dan emosional. Bukan fizikal dan (faham) politik semata-mata.

"Kalau tidak ada kriteria itu, agak sukar untuk menyaingi dan memenangi (jawatan tersebut), sebab Wanita Umno memilih kriteria itu," katanya.


Pendek kata kalau perempuan tak serupa perempuan dan lebih mirip kejantanan agak susah untuk Azlina menyaingi Shahrizat

Sokongan 90 peratus di kalangan 191 bahagian Wanita akan membuka peluang kepada Shahrizat bagi memenangi dalam pemilihan sayap parti itu September ini berbanding 10 peratus yang didakwanya tidak memihak kepada Shahrizat.

Mereka mungkin saki baki daripada kuncu-kuncu Tan Seri Rafidah Aziz yang masih kekal dalam Barisan Kepimpinan Dato Seri Shahrizat.

Dato Seri Shahrizat sebenarnya tidak pernah mana-mana individu yang ingin bertanding cuma beliau agak risau keakraban, kerhamonian dalam wanita akan hancur akibat provokasi dan kata-mengata yang agak melampau.

Shahrizat perlu menang sepenggal lagi untuk memantapkan Wanita dan beliau akan meninggalkan satu legasi untuk diteruskan (selepas itu) dalam keadaan yang mantap.

Foto Dari Blog Parpukari

Dipetik dari blog Sungai Rapat Online

No comments:

Post a Comment