Thursday, 6 June 2013

TMJ DIUGUT BUNUH...???


Seorang kerabat diraja Johor membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina dan mengugut untuk mencederakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ungku Mohd. Shah Ungku Mansor, 27, dari Kampung Raja, Pagoh dekat sini membuat laporan itu di Balai Polis Jementah, Segamat kira-kira pukul 9.45 malam Isnin lalu selepas komen itu dimuat naik di laman sosial tersebut.

Menurutnya, komen berbentuk ugutan itu dibuat menerusi akaun Facebook atas nama Badri Razi Captain Kelantan 16 Piya.

“Komen tersebut dipercayai ada kaitan dengan pasukan bola sepak Johor yang akan menentang Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA pada 29 Jun ini.

“Kita minta pihak polis segera menyiasat komen itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment