Friday, 7 June 2013

RUNTUHNYA MAHLIGAI 30 TAHUN PRESIDEN RUSSIA ....


Ternama, kaya dan popular bukan jaminan kebahagiaan di dalam rumahtangga walaupun telah dibina selama 30 tahun.....

Presiden Russia, Vladimir Putin dan isteri Lyudmila hari ini mengumumkan mereka sudah berpisah selepas berkahwin selama 30 tahun. 

“Ia satu keputusan bersama," kata Putin dalam temu bual dengan stesen televisyen Rossia-24, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status perkahwinan mereka sebelum ini. 

“Perkahwinan kami sudah berakhir, ia disebabkan kami tidak berjumpa antara satu sama lain," kata Lyudmila yang berada di sebelah Putin ketika temu bual itu. 

Pasangan itu membuat pengakuan mengejutkan selepas bersama-sama menonton persembahan tarian ballet klasikal, “Esmeralda” yang dipersembahkan oleh syarikat State Kremlin Ballet di Istana Negara Kremlin. 

Khabar angin sebelum ini bertiup kencang mengenai kehidupan peribadi Putin namun ia tidak dibincangkan dalam akhbar arus perdana Russia. 

Sebuah akhbar Moscow melaporkan pada 2008 bahawa Putin hampir mengahwini seorang atlet gimnas Olimpik, Alina Kabayeva, yang berusia 31 lebih muda daripadanya. 

Namun laporan itu dinafikan kerajaan dan penerbitan akhbar itu terus ditutup. 

Putin dan Lyudmila dilihat amat jarang bersama sejak tahun lalu dan kali terakhir tampil di tempat awam pada Mei 2012

No comments:

Post a Comment