Sunday, 2 June 2013

PEJUANG MAYA BN/UMNO UMPAMA BISKUT 'CHIPSMORE'....???


Bila dikata sekejap ada sekajap tak ada, ayat itu amat sinonim dengan iklan biskut Chipsmore seperti yang sering dipaparkan di kaca tv plasma atau LCD ataupun tv fesyen lama di rumah masing-masing.... 

Biskut itulah juga digambarkan seumpama pejuang cyber maya BN/UMNO yang kemunculannya sekejap ada sekejap tak ada.....tidak konsisten...tidak tersusun....malah boleh dikatakan tidak ampuh!!! Pendek kata macam biskut tu lah... sekali gigit terus ilang!!!!

Ikuti ulasan seterusnya .....



Mereka ini dah macam Chipmore, Kejap ada Kejap tak ada, ada masa majlis perlancaran, hilang  terus selepas itu. Ketua Pemuda UMNO Perak , Sila jawab!! Mana UMB? hanya pada nama pada Majlis Perlancarannya ker? Nagbehkan Boreh tul la,.
Saya bercakap tentang cybertrooper, bukan bercakap mengenai Blogger atau Facebooker, Didalam Negeri Perak dimanakah Cybertrooper BN/UMNO disetiap bahagian yang berjumlah 24 bahagian. ATAU hanya mengharapkan JASA dan beberapa agensi lain untuk maklumat, RED BEAN ARMY telah membuka mata semua pihak dengan kekuatan hampir 2ooo orang telah menyerang BN/UMNO dengan  santainya.
Kepada pemimpin UMNO /BN neri Perak, jika tidak tahu, jangan terlalu angkuh untuk menerima pandangan orang lain yang tiada jawatan. Sekarang kita berpolitik cara alaf baru  abad ke 21, Barang antik didalam jawatan UMNO tidak diperlukan lagi, Hanya yang berkualiti dan berpengetahuan luas sahaja diperlukan, Bukan zaman pergi rombongan lagi. Sekarang zaman berjuang ke lapangan, buka berjuang melalu berceramah depan penyokong lagi,
Red Bean Army, Kemunculan tanpa disedari oleh banyak pihak terutama dikalangan pengamal politik didalam negara ini,Mereka bergerak untuk memecah belahkan intigrasi kauam yang ada didalam negara ini dengan bertujuan untuk memastikan kuasa majoriti didalam politik akan terhakis secara perlahan lahan.
Dalam pada masa  pemimpin UMNO bersorak sorai dengan kedudukan mereka yang cukup selesa dan malas mengambil kira tentang perjalanan  corak politik alaf baru dan tanpa mengambil kira strategi yang sentiasa mengancam mereka didalam cyber- Mereka bersikap ambil mudah dalam banayk perkara.
Contoh terbaik yang saya alami sendiri: Saya pernah menyarankan kepada Menteri Besar Perak DS Zambry supaya Negeri Perak mempunyai cybertrooper di setiap bahagian sekurangnya 3-5 orang yang mahir didalam  psywar,Mereka ini dibayar gaji untuk melakukan kerja ini. Tetapi cadangan ditolak, kerana mereka beranggapan ianya tidak penting.
Jika 24 bahagian jika mereka wujudkan kumpulan ini, maka seluruh negeri Perak akan mempunyai 120 oarang cybertrooper yang berkerja setiap hari, siang malam, menjaga isu isu yang menjahanamkan sistem politik didalam negeri ini.
Saranan dan pandangan dari media media pro kerajaan yang tidak pernah dibayar didalam hal ini, dianggap “sampah: bagi mereka- Tanpa pengalaman tanpa merasai suasana , mereka hanya menerima kata kata nasihat dari orang yang mempunyai kepentingan sahaja.
Banyak wang dilaburkan untuk mengwujudkan  kumpulan yang mereka katakan cyber trooper, padahal mereka hanya mengwujudkan sekelompok manusia yang “bekerja part time” didalam bidang cybertrooper ini. Ini termasuklah jika dahulunya KPMU, UMB, yang mana gah waktu perlancaran tetapi hilang setelah mendapat Imbuhan.
Jia manusia yang bernama cybertrooper ini, mereka akan  berkerja mengikut shift atau putaran jam tanpa henti, Mereka mengetahui isu yang bakal mereka terjah, mereka akan melakukan teguran kepada pemimpin tertinggi tentang isu yang hendak diperkatakan. Malahan dalam ertikata lain  mereka akan berada dimana mana sahaja.Bukan sekadar di alam maya.
Pihak berkuasa diminta terus memantau pergerakan tentera siber pembangkang, Red Bean Army secara serius memandangkan kumpulan itu boleh mendatangkan ancaman kepada negara selain memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Saranan itu diutarakan pembaca Utusan Malaysia, Kevin J. C. Chuah, yang baru-baru ini menyatakan sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan Red Bean Army.
Menurutnya, ketangkasan polis mengenal pasti beberapa individu yang didakwa terlibat dengan tentera siber tersebut menyebabkan sebilangan besar mereka mula gelisah, cemas dan kini wujud kemelut antara mereka.
Beliau yang mula mengikuti laman sosial Red Bean Army sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berkata, tentera siber itu akhir-akhir ini lebih berani menonjolkan identiti dengan meletakkan gambar kacang merah di laman sosial terutama selepas pengikutnya semakin bertambah.
“Berdasarkan pembacaan menerusi laman sosial mereka, tenteranya berada di seluruh dunia. Mereka terdiri daripada golongan muda dan kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas. Paling penting, matlamat Red Bean Army adalah menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walau dengan apa cara sekalipun.
“Rangkaian laman sosial mereka sangat meluas. Kaedah mereka sebarkan maklumat juga cukup sempurna dan proaktif. Apa sahaja isu yang baru mendapat liputan media terutama melibatkan BN pasti disebarkan dengan pantas dan diputar-belitkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army.
Kevin berkata, kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.
Beliau yang mengetahui perkara itu menerusi pemerhatian di laman Facebook ‘We Fully Support PKR’ dan ‘Hew Kuan Yau’ mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.
“Ada antara mereka sudah mula mengalih haluan termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis. Mereka mahu dilihat seolah-olah tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti pihak berkuasa.
“Contohnya, seorang tentera mereka yang menggunakan nama ‘Sam Chen’ dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya sasaran,” katanya.
Menurut beliau, Sam Chen sebelum itu menulis di laman Facebooknya: “Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu.”
Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.
Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama ‘Medoli Siang’ mendedahkan menjadi ‘terkenal’ selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya ‘minum teh’ yang bermaksud disoal siasat.
Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber pembangkang, ‘Woodstock Lee’ menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya.
KREDIT TO : rmf7

No comments:

Post a Comment