Friday, 21 June 2013

NURUL IZZAH KURANG CERDIK....???

7 April 2011, Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan KEPILUAN dan KESAYUANnya apabila usul yang dicadangkannya, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian 'Akta Pemansuhan Darurat' telah ditolak oleh Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan empat proklamasi darurat yang masih wujud, tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja. Sebaliknya pemansuhan hanya boleh berlaku menerusi pembatalan proklamasi oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong atau ketetapan-ketetapan yang dibawa oleh Kerajaan dan diluluskan dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 


Nurul Izzah memberikan pelbagai gambaran yang hebat apabila usulnya itu ditolak. Kononnya penolakan tersebut akan membuatkan Malaysia ketinggalan jauh di belakang negara lain dan tidak mengamalkan kebebasan serta bersikap kukubesi terhadap rakyat sendiri. 

Para pemimpin Pakatan Rakyat bersama-sama pecacai mereka terus menyerang Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional kerana masih bertegas untuk mempertahankan undang-undang yang disifatkan sebagai jumud, kuno, primitif dan zalim walaupun hakikatnya undnag-undang berkenaan adalah sebagai langkah pencegahan terhadap masalah jenayah dan bagi memastikan keselamatan negara terjamin. 

16 Sep 2011, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Malaysia memansuhkan tiga proklamasi darurat sekaligus menghapuskan undang-undang ISA dan Ordinan Darurat. Kononnya pemansuhan ISA 1960 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengamal demokrasi terbaik di dunia. Malah ianya merupakan salah satu daripada perjalanan transformasi negara. 

Khamis 19 Julai, Kementerian Dalam Negeri membebaskan 1,473 orang banduan yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 da! n Rang U ndang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011. 

Antara banduan-banduan yang dibebaskan itu termasuklah mereka yang terlibat dalam jenayah pemalsuan wang, pemalsuan kad pengenalan, kongsi gelap dan maksiat, perjudian haram, serta dadah. 

Ada suara-suara yang menyatakan kebimbangan berhubungan tindakan kerajaan yang disifatkan terlalu terdesak untuk mengambil hati para pengundi. Bagaimanapun, kerajaan memberikan alasan, terdapat undang-undang lain yang akan menggantikan kesemua undang-undang yang telah dimansuhkan itu. Pada masa yang sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa undang-undang yang telah dimansuhkan itu tidak akan dapat dipergunakan oleh para penjenayah untuk meningkatkan kadar jenayah di negara ini. 

Itu cakap untuk sedapkan hati. Rata-rata menyedari, Pakatan Rakyat yang begitu bersungguh-sungguh mahu menghapuskan Ordinan Darurat dan ISA sehingga sanggup berarak di jalan raya dan menyusahkan ratusan ribu warga kota, hanya mencari publisiti. Apabila kerajaan akhirnya akur dengan kehendak mereka, kemenangan besar telah pun dicapai. Perkara berkenaan dijadikan sebagai bahan untuk bermegah-megah dan kemudian sebagai modal untuk Pakatan Rakyat menyatakan bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan serta perlu digantikan kerana mudah ditolak dan didesak. 

Tidak sampai dua tahun, akhirnya yang pale kuat memekak kerana peningkatan kadar jenayah adalah daripada kem Pakatan Rakyat sendiri. Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim adalah yang pale hebat memperlekehkan pihak polis dan pihak berkuasa termasuklah kerajaan kerana gagal membendung kadar jenayah kekerasan dan maksiat yang sedang berlaku di Malaysia. 

Dan sekali lagi, kerajaan serta Najib Abdul Razak digambarkan sebagai pihak yang tidak mampu memikul tanggungjawab mengamankan negara ini. Sedangkan mereka terlupa bahawa yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan segala akta pencegahan adalah Pakatan Rakyat serta disokong pula oleh para pecacai mereka yang bijak menulis dan memutarbelit kenyataan. 

Undang-undang lama yang kononnya tidak berkesan, kejam dan tidak berperi kemanusiaan itulah, rupa-rupanya telah menyelamatkan Malaysia daripada musnah akibat perbuatan penjenayah serta mereka yang cuba menghuru-harakan negara ini. Pakatan Rakyat ternyata mempunyai perancangan jangka panjang untuk menghuru-harakan dan memastikan negara ini tidak aman apabila mengusulkan pemansuhan undang-undang tersebut, manakala kerajaan Najib Abdul Razak yang menerima usul tersebut, ternyata telah diperdayakan oleh konco-konco Pakatan Rakyat yang diambil dan dilantik untuk menjalankan kajian. 

Apa guna melalak dan melolong tentang peningkatan kadar jenayah sekarang ini setelah undang-undang pencegahan dihapuskan? Kalau dahulu pandai sangat mencari alasan dan berhujah tentang perlunya Ordinan Darurat dihapuskan, mengapa pula sekarang ini langsung tidak mempunyai sebarang idea untuk menghapuskan peningkatan jenayah terutama sekali jenayah kekerasan? 

Kenapa dipersalahkan kepada PDRM sedangkan yang menggubal undang-undang adalah puak-puak di Parlimen? Kalau dah pandai sangat nak hapuskan segala macam undang-undang di negara ini, terutama sekali undang-undang pencegahan, padanlah muka apabila rumah sendiri sudah tidak selamat untuk diduduki!!! 

Dan mana pulak perginya barisan peguam yang maha hebat seperti Latheefa Koya Kutty, N.Surendran, Sivarasa Rasiah dan sebagainya yang bersungguh-sungguh cuba membuktikan bahawa undang-undang pencegahan seperti ISA dan Ordinan Darurat adalah zalim dan tidak baik untuk rakyat Malaysia? 

Malangnya, Pakatan Rakyat itulah yang dikatakan BAKAL KERAJAAN YANG SANGAT BIJAK!


Petikan dari Kedahan69ers.

Admin : Sokong KEMBALIKAN ISA !!!

No comments:

Post a Comment