Saturday, 1 June 2013

HINDRAF CABAR ANWAR BERDEBAT.....


SHAH ALAM – Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat kerana Ketua Umum PKR itu mendakwa pertubuhan itu bersifat rasis.



Pemimpin utama Hindraf, P Uthayakumar berkata, tindakan Anwar menyamakan pergerakan mereka dengan Perkasa adalah tidak tepat.

“Ketika beliau masih jadi menteri, Anwar pernah berkata, dalam masyarakat madani, kaum majoriti perlu bantu kaum minoriti. Apabila Melayu dan Cina lebih dominan dalam masyarakat Malaysia, India adalah minoriti.

“Tetapi apabila kami kaum minoriti yang memperjuangkan nasib kaum kami sendiri, kami digelar rasis pula. Sepatutnya kaum majoriti yang perlu bantu kaum India,” katanya kepada Sinar Harian.

Uthayakumar mendakwa Anwar tidak punyai pendirian apabila hanya menggunakan Hindraf bagi menarik sokongan ketika PRU12 dan menolak apabila sudah tidak diperlukan.

“Saya cabar beliau berdebat. Adakah perjuangan Hindraf selama ini dianggap rasis seperti dikatakannya itu?” katanya.


Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Anwar dalam ucapannya di perhimpunan Blackout 505 di Johor Bahru yang melabelkan Hindaf sebagai pelampau ketika bercakap mengenai pelantikan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment