Tuesday, 11 June 2013

HANYA SEORANG AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG HADIR TAKLIMAT DEWAN RAKYAT


Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang dari 88 calon kerusi Parlimen mewakili pakatan parti PAS, PKR dan DAP yg menang dlm Pilihanraya Umum yang lalu   hadir taklimat ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi  menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara tersebut.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".

Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13  -  SH

No comments:

Post a Comment