Thursday, 6 June 2013

FRAMEWORK JAMBATAN KE-2 PULAU PINANG RUNTUH....4 DIKHUATIRI MAUT

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikhuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.






Anggota keselamatan sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.





Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. - UM





BERITA SELANJUTNYA.....

Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.

Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment