Thursday, 20 June 2013

APABILA ZAHID HAMIDI PELUK LIM KIT SIANG.....

Seorang yang mengaku bahawa kononnya dia adalah blogger dan facebooker Umno telah mengeluarkan kenyataan yang agak dangkal apabila gambar-gambar kemesraan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti yang tersiar di dalam entry blog Anak Seberang.... ( DI SINI ).



Facebooker yang menggunakan ID Simpang Tiga Bandarbarubangi kelihatan terganggu emosinya apabila melihat kemesraan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semasa meninjau lokasi kejadian runtuhan rod penebat kilat di Menara UMNO Pulau Pinang.




Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi melambangkan profesionalisme beliau sebagai seorang menteri dan sanggup mengenepikan permusuhan politik. Inilah contoh pemimpin yang kita hendak. Selain Datuk Seri Zahid Hamidi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga begitu juga. Tidak kekok berbual mesra bersama Anwar Ibrahim.


Adakah ianya satu kesalahan? Adakah kita mahu lihat para pemimpin saling bunuh-berbunuhan antara satu sama lain?


Sebagai seorang yang mengaku bahawa dia pejuang maya untuk Umno, Simpangtigabandarbarubangini haruslah menunjukkan kematangan dan bersikap rasional sebelum mengulas sesuatu fakta. 
Jangan disebabkan ketidakcerdikan kita dalam menilai sesuatu isu, kita ditertawakan oleh mereka yang pro pakatan serta pengundi bersikap jelik dengan ketidakmatangn kita. Oleh itu, persepsi yang cuba dibentuk bukannya lebih positif, bahkan menjadi negatif.

Harus diingat, kuatnya Umno kerana melayu dan kuatnya melayu juga kerana Umno.. 

Kredit to  :  Anak Seberang

No comments:

Post a Comment