Thursday, 13 June 2013

APABILA DAP & PAS BATAL BOIKOT SIDANG PARLIMEN, PKR PUN NAK IKUT SAMA.....PULAK DAHH!!!!

Post Pic


   PETALING JAYA : Setelah sekutunya dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS bertegas bahawa ahli Parlimen mereka akan menghadiri majlis angkat sumpah sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini, PKR pula mengumumkan keputusan muktamad parti itu akan dibuat malam ini.
 
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, perkara tersebut akan dibincangkan bersama pemimpin atasan pada mesyuarat biro politik malam ini.
 
"Kita belum buat keputusan. Malam ini ada (mesyuarat) biro politik, kita akan bincangkan malam ini," katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
 
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mempertimbang untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
 
Bagaimanapun, pada hari yang sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
 
Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.
 
Semalam semasa sesi taklimat, hanya seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa (Parlimen Bakri) hadir bagi mendengar maklumat terbaru berhubung sesi Dewan Rakyat.
 
Bagaimanapun sejurus selepas itu Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap Teck Hwa kerana telah melanggar arahan parti.
 
Memetik laporan Sinar Harian Online, Loke memberitahu DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada taklimat tersebut. antarapos

Tu namanya, ludah ke langit...jatuh kat longkang.....jilat semua dengan air longkang sekali..!!!!

No comments:

Post a Comment