Wednesday, 5 June 2013

ANWAR HILANG AKAL.... TUDUH YDP AGONG 'AJEN BN' DI PC PKR


Anwar Ibrahim hari ini menuduh Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) apabila baginda meminta rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pada sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar mendakwa teks ucapan yang dibacakan baginda pada ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong disediakan oleh kerajaan BN.


"Dalam menjunjung kasih pada ucapan Seri Paduka Baginda, kita juga tahu ucapan itu adalah ucapan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan yang terdesak untuk mendapat dukungan.

"Dan oleh yang demikian dalam perbahasan kita akan memperjelaskan tentang pendirian kita sepertimana yang kita jelaskan sebelum ini," kata Anwar kepada pemberita.

Tindakan Anwar menyanggah nasihat Tuanku Abdul Halim sekali lagi menyerlahkan tekad Ketua Pembangkang itu untuk menolak keputusan PRU ke-13 setelah Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Tindakan beliau mempertikaikan kewibawaan Tuanku Abdul Halim sendiri adalah retetan terbaru dalam usaha mendesak rakyat menolak keputusan pilihanraya dan panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik oleh pihak istana.

Anwar mendakwa pimpinan SPR bersekongkol dengan BN bagi memastikan kemenangan untuk kerajaan pada pemilihan 5 Mei lalu.

Pilihanraya paling sengit dalam sejarah negara itu menyaksikan BN memperolehi 133 kerusi parlimen manakala pembangkang menang 89 kerusi, kebanyakannya di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia.

Selain memenangi dua pertiga kerusi DUN untuk kekal berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, pembangkang juga membuat kejutan di beberapa kawasan lain sungguhpun gagal mempertahankan Kedah.

Pada sidang media hari ini, Anwar sekali lagi mendakwa kononnya SPR melakukan penipuan secara besar-besaran, mesej sama yang diulangi oleh beliau di beberapa demonstrasi di seluruh negara sebelum ini.

SPR menegaskan kesediaannya mempertahankan diri daripada sebarang tuduhan salah laku dan menasihati semua pihak untuk membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar berkata pihaknya sedang menimbang sama ada untuk menjelaskan kepada Seri Paduka Baginda mengenai penyelewengan yang didakwa berlaku pada pilihan raya. 

"Sikap keterlaluan oleh ahli-ahli suruhanjaya (SPR), bukti-bukti penipuan terlalu nyata.

"Kita akan menimbangkan apakah perlu untuk kita kemukakan titah Tuanku dan bagaimana rakyat harus membuat penilaian tentang penipuan," ujar Ketua Umum PKR itu lagi.

Minggu lalu, Tuanku Abdul Halim mengingatkan semua pihak untuk tidak menanam kesangsian serta merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan falsafah persekutuan yang selama ini menjadi dasar penting kejayaan negara.

“Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” titah baginda.


“Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan,” tegas baginda dalam titahnya yang kini dipertikaikan oleh Anwar. -antarapos

No comments:

Post a Comment