Monday, 24 June 2013

ANALISIS TERBAIK PRU 13

Teman bukan nak bodek sesiapa.... juga bukan nak mengagong-agongkan sesiapa... tetapi teman tau menilai mana yang terbaik di antara yang terbaik... Baru berkesempatan menjenguk blog-blog hasil tangan mereka yang hebat, teman amat tertarik dengan satu artikel yang sangat hebat .... Teman paparkan di sini untuk dikongsi bersama para pengunjung setia BLOG INI....

PRU 13: Sepuluh Kegagalan Najib Punca BN Gagal Menang Selesa

Walaupun sudah sebulan lebih pilihan raya berlalu namun suara-suara menyalahkan Umno dan kepimpinan Umno masih belum berhenti. Pot...pet...pot...pet masih berbunyi dikalangan orang-orang Umno sendiri. Ada yang kata orang tu salah....ada yang kata orang ini salah....

Ada kalanya saya sendiri pun tak faham apa lagi yang Umno salah ?

Umno berjaya mendapat sokongan melayu, Umno berjaya menambah kerusi dan menang 73 % kerusi parlimen yang dipertandingkan, tiada satu negeri pun yang hilang, berjaya ambil balik Kedah dan Perak. Jadi dimana lagi kegagalan Umno ? 

MCA, Gerakan dan SUPP yang kalah teruk-seteruknya tidak pula bunyi mulut menyalahkan Najib. Sebaliknya Umno sebagai parti yang menang besar dan selesa pula yang sibuk bunyi mulut salahkan presiden mereka sendiri. Pelik kan ???

Masalah utama dalam PRU 13, bukan masalah calon, bukan masalah sabotaj, dan bukan kesilapan Najib. Faktor utama kerana cina nak rampas hak melayu hasil dari dorongan PKR dan PAS. Itu yang utama. Faktor-faktor lain hanyalah faktor sampingan yang boleh diatasi.

PKR dan PAS janji mereka nak bagi apa keistimewaan yang melayu dapat kepada cina. Manakala Umno yang diterajui Najib dan Muhyiddin tidak boleh bagi. Jadi cina terpaksalah pergi sebelah sana. Jika kita jadi cina pun saya yakin kita akan pergi sebelah sana. Kalau Najib boleh bagi kesamarataan seperti mana yang dijanjikan PKR dan PAS, confirm BN akan menang 2/3 tempohari. Itu jam semua akan puji Najib bagus. Tapi apa maknanya kalau menang sorak kampung tergadai ? 

Dalam situasi hari ini sepatutnya kita semua kena berdiri teguh belakang Najib, Muhyiddin dan Umno  
kerana kita masih boleh menang tanpa perlu kita korbankan apa-apa dasar keistimewaan melayu. 

Kita perlu ingat dalam sejarah PRU negara kita, PRU 13 adalah yang paling mencabar. Sebelum pilihan raya pun kita sering dengar orang sebut yang PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihan raya. Jika kita masih boleh menang dalam ibu kepada segala pilihan raya, kita hebatlah....

Banyak pihak yang meramalkan kita akan kalah dalam PRU 13. Saya sendiri pun tidak menanam keyakinan 100 % kita akan menang. Kalau orang tanya saya maka saya akan jawab 50-50. Tetapi saya letak target yang pertama adalah membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah. Dapat lebih syukur, dapat 2/3 bonus. Target yang kedua adalah rampas negeri-negeri yang mereka perintah. 

Sebab itu saya tidak berapa kecewa dengan keputusan PRU 13. Sebab saya dah tahu ianya bukan sesuatu mudah. Dapat menang pun dah cukup bersyukur. Dalam dunia hari ini sudah hampir tiada parti politik yang boleh bertahan 60 tahun seperti BN.  

Pagi hari mengundi debaran saya semakin kuat dan keyakinan saya untuk BN kalah semakin meningkat apabila melihat orang-orang cina yang memenuhi pusat-pusat pengundian seawal jam 6.30 pagi. Lihat posting saya yang berkenaan di sini.

Keributan politik di Malaysia bermula pada tahun 1998 selepas pemecatan seorang pengamal homoseks dari kerajaan dan Umno. Selang setahun selepas itu muncul PRU 10 pada 1999 yang diketuai Tun Dr M . Dalam PRU 10 sudah berlaku sedikit keributan sehingga BN kehilangan negeri Terengganu. Tetapi pada waktu itu pengamal homoseks sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. 

Tun Dr M berjaya menstabilkan keadaan dan menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah pada tahun 2003. Muncul pula PRU 11 pada 2004. BN berjaya menang dengan selesa dan merampas kembali Terengganu. Pada masa itu pengamal homoseks masih lagi dalam penjara.

Tahun 2008 PRU 12 mengambil tempat dan ketika itu pengamal homoseks telah berada di luar penjara. Beliau belum boleh bertanding dan belum aktif sepenuhnya dalam politik. Oleh kerana beberapa kelemahan pada waktu itu, pembangkang cekap mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan keadaan. Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan berjaya tambah empat lagi negeri selepas Kelantan. 

Masa itu pembangkang pun tidak sangka mereka akan menang sebegitu rupa. Bermula dari situ landskap politik negara berubah berputar-putar. Jika dulu BN berentap dengan pembangkang yang tidak ada kuasa. Namun selepas 2008 keadaan sudah berubah. Mereka ada kuasa di beberapa negeri yang maju, mereka ada duit, mereka berjaya buktikan pada orang cina kesamarataan yang mereka amalkan di negeri-negeri yang mereka perintah. Orang-orang cina dah rasa bagaimana nikmatnya atau sweet blood dibawah pemerintahan DAP, PKR dan PAS. Tiada lagi tender untuk bumiputra sahaja. Mereka dapat rasa nikmat di PKNS, nikmat di Yayasan Selangor, tanah Yayasan Selangor mereka boleh dapat untuk buat pusat kebudayaan cina, mereka boleh dapat tanah 999 tahun, mereka boleh buka pasaraya daging babi tanpa syarat ketat, kalimah Allah mereka boleh guna, tukar dari negara islam kepada negara kebajikan, penentang murtad dipecat, dan macam-macam lagi. 

Dari situ mereka rasa mengapa tidak kita tukar sahaja kerajaan pusat dan beri kepada PKR, DAP dan PAS kerana banyak lagi nikmat yang mereka boleh dapat. 

Umno yang diterajui oleh Najib dan Muhyiddin tidak boleh jadikan Umno for All sepertimana Pas.
Mereka juga tidak boleh beri kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain sepertimana yang diminta oleh Guan Eng. Ringkas cerita, Umno tidak boleh tawarkan sepertimana yang mereka tawarkan. Mereka hanya boleh tawarkan apa yang terkandung dalam manifesto. 

Jadi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, BN yang diterajui Najib dan Muhyidin pada PRU 13 adalah yang paling mencabar. Sebab itu saya kata menang dan dapat kekal memerintah pun dah bersyukur 1000 rahmat. 

Itu sebab Anwar jadi gila hinggakan sistem pilihan raya yang dia sendiri sertai pun dia dah tak tahu. Benda dah dua kali nak masuk mulut, tapi terkeluar juga. Tahun 1998 dia hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk jadi PM. Dah jadi pemangku PM pun, tiba-tiba kena pecat. Tahun ini pula dia sekali lagi terlepas peluang terbaik dalam PRU 13. Inilah yang dikatakan kalau bukan rezeki. Dah nak masuk mulut pun boleh terpelanting keluar. Semuanya Allah yang tentukan....jika Allah nak, tak dapat undi popular pun boleh jadi PM. 

Saya tidak nafikan selama ini PM banyak memberi bantuan kepada cina dalam usaha untuk mendapatkan sokongan mereka. Tetapi bantuan yang diberikan tidak mengorbankan dasar-dasar utama yang menjadi teras perjuangan Umno selama ini. Umno bukannya seperti Pas yang sanggup korbankan dasar parti sendiri, menubuhkan negara islam dan menggugurkan perjuangan hudud semata-mata hendak dapatkan undi cina. Alhamdullilah....walaupun kita bukan parti islam tetapi iman kita masih kuat dan kita teguh dengan pendirian. 

Cuma selepas ini kita nak minta Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin lebih utamakan kaum bumiputra   dan kaum india kerana mereka yang menjadi tiang seri BN dalam PRU 13. Cina sudah tak mahu BN , maka keutamaan kepada mereka harus diletak di tempat ke sembilan atau ke sepuluh. Sebelum ini kita dah bagi, kita dah tolong dan kita dah usaha. Tapi oleh kerana mereka tolak juga maka mereka tidak perlu diutamakan. 

Sekarang ini pula timbul cerita-cerita bahawa Najib akan hadapi undi tidak percaya pada persidangan parlimen minggu depan dan juga akan dicabar dalam pemilihan Umno akan datang. Soal undi tak percaya itu kita tak perlu percaya dakwaan karut tersebut. Itu semua hanyalah mainan musuh untuk memerangkap kita. Jadi kita jangan termasuk dalam perangkap mereka. Itu semua hanyalah propaganda mereka sepertimana propaganda 16 September 2008. Tunggu dan lihatlah....anda percayalah cakap saya itu tidak akan berlaku. 

Soal Najib akan ditentang dalam pemilihan Umno pun saya rasa tidak akan berlaku. Kerana tiada alasan untuk ahli Umno nak jatuhkan Najib. Jika ianya berlaku sekali pun itulah bukti keberanian Najib. Beliau yang pinda sistem pemilihan Umno agar lebih terbuka. Beliau mahu memastikan sistem pemilihan yang adil dan demokrasi sentiasa subur dalam Umno. Jika Najib mahu kekal memerintah dan menjadi presiden seumur hidup , lebih baik dia tukar sistem pemilihan Umno supaya jawatan presiden tidak dipertandingkan selama-lamanya. 

Daripada tahun 1999 hingga kini Umno dah tukar tiga presiden. PKR masih lagi dengan presiden yang sama. Anwar pula sampai ke hari ini pegang jawatan yang tidak dipertandingkan. Tambah lagi anak pula jadi naib presiden. Tidak ada parti politik dalam dunia yang sebangang PKR dimana dari ayah sampai ke anak pegang jawatan utama dalam parti. Jadi tak usahlah PKR nak mencerca atau kritik Umno. Kami jauh lebih baik dari kamu untuk uruskan parti kami. 

Kalau ada yang kata Najib lah yang menjadi punca utama BN gagal mendapat keputusan yang baik dalam PRU 13, saya rasa itu ada juga kebenarannya. Kenapa ?

1) Najib tidak memansuhkan dasar keistimewaan kepada bumiputra.

2) Najib tidak menghapuskan DEB.

3) Najib tidak menjadikan sekolah cina setaraf sekolah kebangsaan.

4) Najib tidak membenarkan kalimah Allah digunakan sepertimana yang diminta Guan Eng.

5) Najib tidak buka Umno kepada bangsa lain dan jadikan Umno For All seperti Pas.

6) Najib tidak beri pajakan tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru cina.

7) Najib tidak benarkan Chin Peng balik ke Malaysia.

8) Najib tidak jadikan agama-agama lain sebagai agama rasmi Malaysia.

9) Najib tidak bagi peruntukan sama rata kepada rumah-rumah ibadat lain sepertimana diberikan kepada masjid. 

10) Najib tidak benarkan orang islam tukar agama sesuka hati sepertimana yang Izzah cakap.

Oh...alangkah bahagianya jika Najib beri semua itu dan sudah tentu kita semua sekarang sedang bergembira dengan kemenangan besar BN.  Kita menang besar....yeh...yeh...yeh...kita menang besar....yeh...yeh....yeh....kita menang besar. Tapi kampung kita habis tergadai. Ada makna ke ? 

Biar kita menang seperti hari ini tetapi kita tidak menggadaikan maruah kita sepertimana Pas gadaikan maruah mereka. Apa guna kita menang besar tetapi terpaksa korbankan maruah sana, calarkan maruah sini dan sebagainya. 

Akhir kalam, sebagai ahli Umno saya nak mengajak rakan-rakan ahli Umno dan diri saya sendiri agar kita semua berdiri teguh dibelakang kepimpinan untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran hingga kita berjaya. Jika kita semua teguh bersatu kita tidak akan kalah lagi dalam PRU 14. Tahun 2009 kita dah tukar PM dan Presiden Umno kerana keputusan PRU 12. Tak munasabah setiap kali PRU kita nak tukar ketua. Bersorak sarailah musuh kita kerana mereka berjaya turunkan satu persatu ketua kita.

KREDIT TO :  RBF Online 

No comments:

Post a Comment