Saturday, 29 June 2013

ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI KAHWINI ADINDA SULTAN KELANTAN




Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra dan Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Wazir Pengiran Mohamed Bolkiah – Gambar daripada Facebook fanpage Radzuan Radziwill

Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra dan Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Wazir Pengiran Mohamed Bolkiah – Gambar daripada Facebook fanpage Radzuan Radziwill

Kota Bharu –  Majlis persandingan adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin AIshah Putri Petra, 29, dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi, 39 akan berlangsung esok (hari ini) di Istana Negeri.


Majlis akad nikah pasangan diraja dilaporkan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada jam 8:45 malam semalam, menurut laporan Berita Harian.

Pasangan pengantin juga akan menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran, keesokannya.
Tengku Amalin yang pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, adalah anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.
Adinda Sultan Kelantan itu yang sebelum ini melanjutkan pengajian peringkat sarjana undang-undang di Universiti Melbourne, Australia dan Abdul Qawi, difahamkan bertunang April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan.
Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan terbabit.

No comments:

Post a Comment