Sunday, 5 May 2013

WARTAWAN LUAR NEGARA PUN KATA ANWAR PANDAI BERMUKA-MUKA.....!!!


Wartawan asing dah mula melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak konsisten dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau . Mana tidaknya ? Bila berjumpa dengan satu pihak dia cakap lain , jumpa dengan pihak satu lagi , dia pi konar benda lain . Last-last sekali wartawan-wartawan ni dah rasa sangsi dengan kredibiliti Anwar . Walau bagaimanapun , ada beberapa media asing yang sememangnya ada 'connection' dengan Anwar tak termasuk lah macam CNN dan beberapa majalah lagi , cari sendiri kat google.. memang ada majalah2 asing yang cukup konsisten menjadi macam Anwar.


Cuma apa nak diceritakan kat sini ada media asing yang barangkali dah nampak sikap putar belit Anwar ni . Dari laporan yang dikeluarkan oleh Financial Times, wartawan David Pilling menggelar Anwar Ibrahim sebagai “a candidate of contradictions.” dalam bahasa melayunya dia nak menggambarkan Anwar ni seorang yang lidahnya bercabang-cabang. Artikel bertajuk  “Malaysia’s Complex Politician”  menunjukkan wartawan2 ni dah nampak sikap sebenar Anwar . Antara point2 yang menarik dalam artikel berkenaan adalah seperti berikut , nampaknya penulisan wartawan itu benar2 kena sebijik kat batang hidung Anwar .


"Anwar juga disifatkan sebagai “bermuka-muka” (Janus-faced) dan suka mengambil kesempatan (Opportunistic)."

"Artikel juga memetik bagaimana Anwar menghina Tun Mahathir dengan menggesa agar Tun M mati sahaja."

"Seluruh dunia sudah mengetahui bahawa Anwar gagal sebagai Menteri Kewangan sehingga Malaysia hampir lumpuh semasa krisis kewangan dunia 1997."

"Wartawan juga mempersoalkan bagaimana tiga parti yang berbeza pendapat boleh melaksanakan polisi-polisi yang membawa kebaikan untuk semua."

"Isu hudud jelas menjadi kelemahan yang bakal membenamkan Pakatan Rakyat dan cita-cita mereka menawan Putrajaya."

Kalau wartawan asing dah nampak sikap "2 alam" Anwar , takkan lah orang2 di Malaysia gagal nampak perkara ini ? Atau bagi penyokong2 PR , mungkin mereka nampak cuma buat2 tak nampak dan mengenepikan hal itu demi sentimen yang begitu kuat untuk mengambil alih Putrajaya dari Barisan Nasional , malangnya mungkin mereka lupa sekiranya PR berjaya mengambil alih Putrajaya , pelbagai "drama" akan berlaku untuk mendapatkan jawatan2 yang diidamkan . Silap haribulan PAS boleh "merajuk" dan akan "joint venture" dengan BN .. who knows ?? Jadi buat lah pilihan dengan bijak , pertimbangkan semua perkara sebelum memangkah parti pilihan anda , tapi bagi penulis dah jelas BN adalah lebih baik daripada parti lawan . SUMBER

No comments:

Post a Comment