Friday, 17 May 2013

SPR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR N THE GENG....!!!


Tindakan SPR ini tepat pada masanya kerana rakyat sudah muak dengan tindakan Anwar dan kuncu-kuncunya yang tidak kesudahan berpolitik dengan perhimpunan haram dan sebagainya. Hakikatnya, perlantikan Perdana Menteri dan kabinet baru telah mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung.


Dalam masa yang sama, tindakan desperado Anwar itu memang telah dijangkakan kerana sebelum ini beliau berjanji bersara dari politik jika gagal menawan Putra Jaya. BACA SINI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.
Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus. 
Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil. 
Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.
Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. - Utusan

Dr. MiM 

No comments:

Post a Comment