Monday, 20 May 2013

SAHABAT KARIB MAHU ANWAR BERDAMAI DENGAN BARISAN NASIONAL


AIDCNews – Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla kecewa dengan tindakan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkir janji dan enggan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Malah Jusuf juga kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan sebelum ini Ketua Pembangkang itu berjanji akan mengawal pakatan pembangkang jika sekiranya pihak mereka tewas dalam PRU-13.
Namun apabila keputusan PRU 13 diketahui dan pakatan pembangkang telah tewas, Anwar pula yang mengetuai demonstrasi membantah kekalahan itu.
“Ya, tentu saja dia (Jusuf) kecewa, tapi saya berusaha untuk mencuba agar suasana pulih seperti biasa.
“Tetapi sehingga kini, demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di banyak tempat di Malaysia. Anwar bersama penyokongnya mendakwa berlaku penipuan, sesuatu yang harus dibuktikan melalui undang-undang, tetapi (setakat ini) Anwar belum berbuat demikian,”kata bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin, wakil Jusuf ketika dihubungi Tribunnews, Jumaat.
Sejak awal lagi, kata Hamid, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah mewujudkan persepsi dan yakin akan menang.
Tegas Hamid, keyakinan Anwar itu berdasarkan pelbagai kaji selidik yang dijalankan sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Tambahan pula, kata Hamid, setiap kali Anwar mengadakan kempen beribu-ribu orang hadir dan ini memberi keyakinan kepada Anwar, beliau akan menang.
“Atas keyakinan itu, Anwar telah bertemu Jusuf bagi meminta bekas Naib Presiden Indonesia itu menyampaikan kepada Najib supaya siapa pun yang menang, mereka harus bekerjasama dengan yang kalah. Permintaan itu disambut baik oleh Jusuf,” katanya.
Bagaimanapun kata Hamid, keyakinan Anwar musnah apabila Najib memenangi pertarungan politik di negara itu.
“Anwar mungkir janji yang dibuatnya kepada Jusuf untuk mengawal anggota pakatan pembangkang, sedangkan Najib konsisten dengan ucapannya. Ia terbukti beberapa jam setelah diumumkan menang, Najib mengajak penyatuan nasional demi masa depan negara,” katanya

No comments:

Post a Comment