Thursday, 2 May 2013

REVOLUSI 'ARAB SPRING' AKAN MENJADI 'MALAYSIA SPRING'....???

benderakecil2

Isyarat Malaysia Srping telah pun dikeluarkan  dibeberapa tempat di sekitar ibukota termasuk Wangsa Maju. Lembah Pantai. Ini bermakna rancangan jahat Anwar yang pernah diucapkan di Guardian Post Indonesia sememangnya bukan hanya  kata kata bahawa Revolusi Menjatuhkan Kerajaan akan tetap berlaku.
Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi,
Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.

Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi, Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.
Gelombang ini sebenarnya sudah bermula di Eropah sehingga menjatuhkan banyak kerajaan Komunis. Kaedah yang sama telah diadaptasi di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan kukubesi sekalipun kerajaan kukubesi tersebut telah membolehkan negara-negara berkenaan dimajukan dan kestabilan diwujudkan.
Sehingga kini, gelombang kebangkitan rakyat kononnya telah menghasilkan kekacauan di negara-negara Timur Tengah tanpa sebarang tanda, keagungan yang dimitoskan akan terhasil. Libya masih bergolak. Iraq sehingga kini masih lagi menjadi medan pembunuhan.
Mesir masih tidak aman. Yaman masih merupakan negara miskin dan Syria pula kekal sebagai negara yang bergolak demi memastikan Israel kekal sebagai sebuah negara haram Zionis.
Di Malaysia, perkara yang sama juga sedang berlaku. Beberapa cubaan untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi demonstrasi dan kekacauan jalanan, tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia yang rata-rata hidup selesa, mudah cari makan, dengan kerja kosong membolehkan rakyat Malaysia bertukar-tukar kerja seperti menukar pakaian, keadaan aman dan membolehkan sesiapa sahaja beribadat dengan tenang dan tanpa halangan, serta kurang tekanan, menyebabkan acuman serta hasutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kurang mendapat perhatian.
Namun itu tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim dan DAP khususnya.
Di sekitar Kuala Lumpur, terutama di kawasan yang dikuasai oleh DAP, bendera-bendera kecil berwarna warni telah dikesan. Pagi tadi, bendera-bendera kecil berwarna-warni itu dikesan di persimpangan Jalan Genting Kelang dan Jalan Usahawan yang membawa maksud ‘Malaysia Spring’.

"SubhaNallah... Sangat Mengejutkan.. Selepas Sahaja Pekerja DBKL Mencabut Bunga - Bunga PKR... Penduduk Yang Merupakan Pengundi Di Bangsar.. Bertindak Menanam Kembali Bunga - Bunga PKR/PR... Sekarang.. !!! Dan Pekerja DBKL Hanya Mampu Memerhati Dari Jauh...."
Kawasan tersebut berada di bawah Parlimen Wangsa Maju.
Adalah difahamkan ia dipacak oleh kumpulan pelajar-pelajar berbangsa Cina. Kerja-kerja memacak bendera-bendera kecil tersebut akan dilakukan sehingga PRU13 berakhir.
Selain dari Wangsa Maju, Parlimen Lembah Pantai terutama sekali di bulatan Taman Lucky Garden juga dikesan bendera-bendera kecil ini.
Isyarat-isyarat agar kekacauan dan keganasan dimulakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat, telah diberikan oleh pucuk pimpinan. Keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada mereka, akan dikatakan sebagai penipuan dan justeru, keganasan dan kekacauan boleh dihalalkan.
Matlamat Pakatan Rakyat sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melakukan keganasan dan mewujudkan ketidakstabilan politik bagi memudahkan kuasa asing masuk dan menjajah negara ini. Penyertaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum sebenarnya hanyalah topengan memandangkan mereka lebih berminat dengan perlanggaran undang-undang.

No comments:

Post a Comment