Saturday, 18 May 2013

MALANG SEORANG ISTERI : ENGGAN DIRUJUK, DIDERA HINGGA MATI OLEH SUAMINYA......

 Isteri didera hingga mati kerana enggan rujuk semula

Seorang suami durjana yang berhati binatang yang sedang dalam proses perceraian dengan isterinya sanggup mendera isterinya itu sehingga menyebabkan kematian kepada wanita tersebut...

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dilaporkan telah meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan Puchong di sini. 
Wanita yang berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa masuk ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, terdapat kesan lebam yang masih baru dan lama di seluruh badan mangsa tersebut.
“Kami kini dalam usaha untuk memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi. 
Beliau berkata, suami mangsa tersebut iaitu seorang tukang masak dilaporkan mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya agar merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari yang lepas. “Pasangan tersebut dipercayai dalam proses perceraiannya,” tambahnya. 

No comments:

Post a Comment