Saturday, 18 May 2013

LELAKI TERTUA ARAB SAUDI MENINGGAL PADA USIA 120 TAHUN, TINGGALKAN 447 CUCU DAN CICIT


Beliau bernama Syaikh Awadh bin Abdul Aziz Al-Saifi. Beliau diyakini sebagai lelaki warga Arab Saudi paling tua ketika meninggal dunia dalam usia 120 tahun seperti yang diberitahu oleh keluarganya.


Syaikh Awadh dilahirkan pada tahun 1893. Ketika hayatnya dia melalui tiga abad kehidupan, iaitu akhir abad ke-19, abad ke-20 dan awal abad ke-21, demikian seperti dilaporkan akhbar tempatan, Gulf News pada Khamis (24/4/2013).
Beliau memiliki 24 orang anak, serta 447 orang cucu dan cicit.

Anak lelaki sulungnya masih hidup dan berusia 98 tahun, sementara yang paling muda berusia 22 tahun. Cucunya yang paling tua pula berusia 65 tahun.

Menurut laporan media tersebut, Syaikh Awadh dikenal dan dipuji ramai orang  kerana kebijaksanaannya, kepiawaiannya dalam berkomunikasi dan memiliki hubungan yang baik di kalangan keluarganya mahupun bukan.

Keadaan kesihatan Syaikh Awadh diketahui berada pada tahap sangat baik dan dia sangat peduli dengan keadaan sekelilingnya.

Lelaki tua itu juga sangat menyukai puisi dan sering membuat syair yang berhubung kait dengan peristiwa besar, seperti pertabalan Raja Arab Saudi mulai zaman Abdul Aziz hingga era Raja Abdullah saat ini. 

No comments:

Post a Comment