Monday, 27 May 2013

KISAH BENAR : KUCING JADIAN WANITA DI NIGERIA


Cerita ini sebenarnya telah lama beredar dari blog ke blog.... Hari ini Admin berasa teruja untuk memaparkannya kerana teringat kisah  "MISTERI ORANG MINYAK GANGGU KETENTERAMAN FELCRA CHANGKAT LADA" yang pernah disiarkan di sini lebih kurang seminggu yang lalu. Menurut kata penduduk tempatan, orang minyak tersebut boleh bertukar menjadi kucing, katak dan sebagainya.... Mungkinkah kucing yang bertukar menjadi wanita di Nigeria itu telah datang ke Malaysia dalam bentuk 'orang minyak' dan mengganggu warga Felcra Changkat Lada....????? ha! ha! ha! ha!.....

Jom kita ikuti apa ceritanya....





Cerita ini berlaku di Nigeria. Di mana, terdapat seorang wanita yang boleh berubah menjadi kucing. Nigerian Tribune melaporkan bahawa ada tiga ekor kucing yang sedang menyeberang jalan ketika sebuah kereta melanggar mereka.

Kucing pertama berjaya menggelak dan melarikan diri, sedangkan kucing kedua terlanggar dan segera berubah menjadi seorang perempuan. Kejadian aneh ini segera menarik perhatian orang-orang di tempat itu. Ketika mereka menyedari kejadian aneh ini, mereka segera memukuli\ kucing ketiga (masih dalam rupa kucing) hingga mati. Kemudian mereka memukul perempuan itu hingga luka parah.

Menurut saksi yang menyaksikan kejadian itu, perempuan kucing itu yang mengaku bernama Aisha Abdukareem Ibrahim mengatakan bahawa dia dan dua teman mengambil rupa kucing dan sedang mengadakan perjalanan dari Abuja ke Port Harcourt untuk membunuh tiga orang. Perempuan itu mengatakan bahawa mereka telah berjaya membunuh dua orang, namun mereka mendapatkan kesukaran ketika hendak membunuh orang ketiga dan mereka memutuskan untuk kembali ke Abuja.

Saksi lainnya yang bernama James mengatakan bahawa perempuan itu kemudian berpura-pura lupa ketika melihat orang-orang berkerumun di sekitarnya. Dia pura-pura bertanya apa yang telah terjadi. “Aku belum pernah melihat kejadian ini selama hidupku. Aku melihat seorang perempuan yang terluka dan tergeletak di jalan, bukan kucing.” kata James.

Ketika Nigerian Tribune tiba di lokasi kejadian dekat Garrison Junction, Wanita kucing itu sedang duduk di tanah dengan darah di tubuhnya. Bahagian kanan wajahnya mengalami luka yang cukup dalam. Orang ramai memukulinya akibat marah kerana mereka melihat bahawa perempuan itu adalah seorang penyihir.

Kemudian perempuan itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Petugas polis mengawalnya untuk mencegah orang ramai yang marah membunuhnya. Polis mengatakan bahawa perempuan itu sudah dibawa ke hospital dan diawasi selama 24 jam untuk mengelakkan dia menghilang.

Di Afrika dilaporkan bahawa penyihir-penyihir di benua itu memiliki kemampuan untuk berubah bentuk menjadi haiwan seperti serangga dan ikan.

Tak taulah apa perkembangan selanjutnya...

No comments:

Post a Comment