Saturday, 25 May 2013

HIMPUNAN HITAM 505, KUMPUL 100K TANDATANGAN UNTUK BANTAH PRU13

Hiasan

Laporan didalam Malaysiakini yang mengatakan sebuah gerai jualan di himpunan haram yang berlangsung tadi di Petaling Jaya mengumpulkan 100'000 tanda tangan bagi membantah pilihanraya yang diadakan baru baru ini. 

Tujuan untuk mendapatkan tandatangan tersebut ialah untuk diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan memohon supaya pilihanraya diadakan semula. 

Kenapa hanya 100'000 yang mahu dikumpulkan dan adakah 100'000 itu adalah suara majoriti rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. 
Jika hanya dengan angka seratus ribu dan dibandingkan dengan kira kira 13 juta pengundi di Malaysia, rasany tidak sampai 1 peratus dari pada para pengundi di seluruh negara yang hendak menurunkan tandatangan. 

Tapi macam biasa la, pakatan pasti akan mengatakan bahawa mereka berjaya mengumpul tandatangan tersebut dalam himpunan haram pada hari ini nanti. 

Kerana ianya sudah menjadi lumrah kepada pakatan pembangkang yang mana mereka akan membuat spekulasi serta provokasi dengan mengatakan sesuatu perkara yang mereka lakukan itu tercapai walaupun pada hakikatnya tidak. 


Himpunan hari ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah benar benar mencabar kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang kerana, telah di tetapkan didalam akta perhimpunan aman bahawa, setiap perhimpunan mesti mendapat kelulusan daripada pihak polis atau ianya perlu dimaklumkan kepada pihak polis seawal sepuluh hari sebelum perhimpunan dijalankan. 

Dengan tidak mengendahkan amaran polis dan menidakkan akta akta yang termaktub dalam undang undang negara, mereka ini seharusnya di ambil tindakan tegas demi untuk kestabilan negara. sumber

No comments:

Post a Comment