Saturday, 11 May 2013

HEBOH! HARGA ROTI GARDENIA MELAMBUNG SELEPAS PRU13...!!!


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah.
Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain.
Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya.
Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah.
Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya.
Harganya adalah tetap.
Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment